Thursday, May 26, 2011

Mengajar BB aje



Sunday, February 20, 2011

Rezeki Berganda

Hari main kat biasa je. Pukul 8 tolak dari rumah, sampai laman kul 8.30pagi. Cari port ari tuh, tengok ada 2 india dok pasang doh. Beredar dari situ cari port lain pulak.

Try laman yang tak pernah main, sempadan ngan kg org asli pulak. Dengar kukur kasar pulak. Turunkan BT, sejuk sangat kot BH tak mau kokok sangat. Pikat ayam jerit dalam bag. Ada 2, 3 ekor sahut kiri kanan. Angkat BT terus main ayam la pulak.

Masuk sampai ke hujung lorong, pasang pikat, Pikat wat kijo po biasa, lebih kurang 15 minit baru menepuk kat sebelah lorong, pikat apalagi, wat kijo dio sampai AH tu muncul kat depan nya. AH tu celir racik pulak, berketak dan belah.......aku pun tuip le pipit. Dia mai balik terus terkam dan belaga. Sekali sepak dah sangkut. Game over.

Masukkan kat bag dan terus pasang selang 3 lorong le pulak, yang ni lebih kurang 20 minit baru sampai, terus terkam ke pikat, game over jugak, Adik beradik rasanya, taji sama panjang bulu sama, tapi yang kemudian tu kat badan dia banyak peluru penabur senapang patah.

Pukul sebelas balik. 2 laman je main.

Sunday, February 13, 2011

Rezeki pagi Ahad 13.02.2011





Salam semua pembaca setia blog saya, rasanya dah lama benar saya tak buat posting.

Salah satu sebabnya saya tak berapa aktif sangat memikat sejak kebelakangan. Sibuk dengan tugas harian dan keluarga. Sekarang ni dah naik stim balik untuk turun laman.

Hari ni saya bawa dua jenis permainan. Satu AH dan satu lagi terkukur. Lepas pergi pasar dan beli sarapan untuk anak-anak terus ke laman biasa.

Masuk laman dah dengar kukur nganguk sana-sini.. BT dah tak boleh tahan, buat kerja dalam cetok. Tengok dah sampai sekor, sora boleh tahan, guk sedap....alamak dia nampak aku pulak. Terus BH cabut . BH tadi belaga pulak ngan sora kecik..kompang punya la kuat. Apalagi turunkan BT kat tanah. Terus nyorok. Bt buat kerja...BH tadi dah x layan sebab dah kalah laga ngan sora kecik. Pikat AH dalam beg dah tak boleh tahan. Teriak dalam bag. Ada 2 ekor sahut. Tunggu sat lagi aku pi. Angkat BT terus ke depan sikit.

Pasang pikat AH nyorok , 3 patah kokok terus sampai, terkam terus ke pikat...game over tertonggeng depan pikat.

Angkat pikatAH pi kat motor, alamak ada sekor kukur , sora tarik, angguk ada, selang sikit sora sama ngan pikat. BT sahut dalam cetok, terus sampai angguk. Tak boleh tahan terus turunkan BT, nyorok kat batang sawit. Pap..pap..sampai angguk, terus turun, aksi angguk mengangguk bermula. Celir racik la pula, tapi dah x tahan dengan BT dia rempuh jugak. Nasik baik kena jari aje. Game over.

Hari ini dua dapat...ALHAMDULLILAH.

Sunday, April 4, 2010

Repeat Burung Baik


Hari ni ada free ckit jadi ambil peluang untuk repeat burung baik hari tu, sora tarik ngan selang gagap kat Jln Kebun. Kul 8 pagi gerak dari rumah sampai laman 8.30pagi. Terus pasang otai pelepah dan sangkut BT kat batang sawit sebagai tukang panggil.


Tunggu lebih kurang sejam , nampaknya dah x da brg ni, kena sapu dek member lain kut. Camni ni pindah laman lain pulak kat ada selang gagap sora kecik ari tuh. Nampaknya brg ni ada lagi. Pasang BT dan kasi turun otai pelepah makan tanah serta berjemur.

Tengok otai dah tekan dan angguk begitu juga ngan BT, BH sampai atas kepala , BT memainkan peranan seperti biasa xda kesian kasi punya. BH turun terus masuk dan berlaga, BT kasi cukup cukup sampai BH dah kena racik pun masih berlaga. Keluar kasi BH lambung naik dan gambar ni lah hasilnya. Kopi 'O' je.

Monday, March 8, 2010

Laporan pada 7.03.2010(Ahad)


Hari ni turun bawa BT ngan BB pemberian sahabat.


Laman 1, main kat jalan kebun aje, ada 3 ekor brg kopi o kat sini. sekor terku ngan selang boleh tahan sora kasar, sekor sora kecik tarik, gagap 5-6 patah seko lagi sora kasar tarik...selang ada ckit.


Pasang BT, hujan renyai la pulak, BT buat kijo cam biasa....lama gak baru sampai sora kasa terku banyak tu...BT pulun x sempat nak tengok adegan berbalas pantun....dah game over.



Laman 2, sora kasar tarik dok buat gok.....BT wat kijo cam biasa....sora kasar tarik keluar BT pulun, turun jauh la plak...celir racik rupanya, BT pulun sampai gak kat dia lawan angguk pas tu belah, mai lagi..masuk sepak menyepak 2,3 lepuk....sekali BT bagi baik punya terus melambung jauh tekan 2,3 ketul naik pokok sawit pastu belah....aduhai hati kecik la plak...nak kena try ngan pikat otai pelepah ni.

Kul 12 balik , ada 2 jemputan kahwin la plak. lagi satu panas dia x leh tahan.

Sunday, February 21, 2010

Awal musim

Hari ni barulah dapat peluang gi mikat, lamo doh x turun , sibuk bebonar, dengan kijo dan buat renovation rumah ckit. Hari ni saja nak test pikat baru ambik ngan kawan dari kg.

Cam biasa bawak BT ngan pikat baru yg diboh dalam jebak. Member dah tunggu, diorang main merbuk.....sampai laman member kata ada sekor sora kasar guk 2 jati.

Apalagi himpit la, letak pikat jebak....cam radio la plak tak henti nyanyi. BH lambung sana sini cari, last last kena lock ngan BT....dipendekkan cerita....masuk buntil juga guk 2 jati ni...kopi O jea.

Monday, January 4, 2010

Kena Gabuih Sempena tahun baru 2010


Selamat tahun baru kepada semua geng mikat, aku belum start mikat lagi, dok sibuk buat persiapan untuk sesi pesekolahan yg baru ni. Boleh tahan kos untuk 3 org anak kesekolah pada tahun ni...hampir mencecah RM2,000 ringgit semuanya. Maklumlah sekolah pagi dan petang, pakaiannya nak 2 pasang sorang. Fuhhhh berpeluh dahi den dibuatnya.

Tapi alhamdullilah, isteri banyak menbantu....terima kasih sayang. Sekolah start pada 4.01.2010 dan pagi ini satu peristiwa yang mengejutkan telah berlaku dibelakang rumah aku.
Kebiasaanya sebelum pergi kerja aku akan memberi makan kepada anak-anak AH aku dan melihat apa yang perlu direban ternakan aku.

Alangkah terkejutnya apabila melihat reban aku telah dikopak oleh pencuri(tak tau jenis manusia ke haiwan). 3 ekor burung aku digabuihnya. 2 ekor burung ladung dan sekor lagi dok atas sangkar layang. Nasib baik burung yg x kuar api lagi(ayat bro Kojai).

Apa boleh buat dah rezeki dia....diharap tahun ni aku dapat menangkap burung yg jauh lebih baik dari burung yang digabuih tu.