Monday, January 19, 2009

Pikat Romeo



Hari Sabtu tak dapat mikat, anak terpaksa ganti sekolah sempena Tahun Baru Cina, hari Ahad janji ngan member nak mikat kat PCarey, tup-tup member ubah tempat pula mikat kat ladang Tumbok, Sg Pelek Sepang... boleh tahan jauhnya. Awak jenis yang main sekerat hari je. Kawasan tu mesti famous ngan Azmi-Sifu.........Gi ngan motor mahu satu jam setengah, almaklumlah motor kapcai.




Disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, maka ambil keputusan utk mikat kat tempat biasa ajelah. Kat sini ramai orang menembak ayam, maka kena main ngan berhati-hatilah. Pilih kawasan yang selamat iaitu kat kawasan kongsi pekerja ladang. Sini tak banyak ayam tapi kalau ada mesti datang belaga punya.....




Sampai kat laman lebih kurang kul 8:00pagi, relak jap dengar ayam kokok.....check kokok kualilah tu. Hari ni bawa pikat yang baru ambil dari member kat Tg Karang, katanya dah nangkap 7 kat sana . Dia bagi sebab kat sana dah tak boleh pakai pikat jantan lagi, kebanyakkan pemikat kat sana menggunakan pikat betina. Masa pergi ambil dia hari tu, aku test...memang betul pikat kokok ayam sampai, bila tengok pikat aje terus terbang.




Pikat ni adalah saudara mara ngan pikat hebat aku pada tahun lepas....sepupu papat dialah tu. Warna dan balung pun lebih kurang sama, kokok macam ayam baru nak belajar kokok. Kira boleh pakai ajelah. Dah dengar ayam yang ditarget, apa lagi pasang racik rentap dan lentang satu kepala depannya. Malas nak pasang banyak, letih bila nak mengutipnya. Keluarkan pikat dan cari tempat nyorok. Pikat ni jenis lambat kokok sikit, asyik menepuk aje lepas tu panggil betina.




Lebih kurang 15minit AH menjawab kat sebelah, pikat pun terus menjawab, tengok pikat dah ligat kat laman. AH terus keluar menuju ke kawasan hutan kat sebelah pikat, kelihatan satu gerombolan betina keluar dari hutan menuju kepikat. Pikat apalagi menunjukkan kehebatan memujuk betina untuk datang kepadanya. Dua ekor datang kelamannya dan satu ekor telah tersangkut kat racik rentap didepan, apalagi bermulalah aksi tarik-menarik sampai ngan pikat sekali takut dibuatnya. Dalam hati berkata boleh tahan juga kau punya romeo ya.....








Tengoklah gambar ngan video .......





video

Friday, January 2, 2009

Selamat Datang Tahun Baru dan Musim Ayam 2009

Sekarang ni musim mikat ayam telah bermula dimana boleh dikatakan semua pemikat tengah rancak mencari pikat baru yang boleh digunakan. Ini menyebabkan harga pikat melambung tinggi sehingga mencecah RM250.00 seekor. Kalau orang rumah tahu mesti bising bangat dibuatnya. Dia mesti kata harga ayam kat pasar tu baru mencecah RM14~15 seekor aje. Ini disebabkan dia tidak memahami betapa sukarnya untuk mendapatkan pikat yang baik.

Aku mempunyai 2 ekor pikat yang kira boleh dibawa aje, belum mempunyai ciri-ciri idaman yang diimpikan. Ini adalah disebabkan dahulunya aku mempunyai pikat yang hebat, jadi aku telahpun menjadikan pemikat itu sebagai standard untuk mencari pemikat yang baru. Puas sudah merisik kat mana-mana kawasan yang menpunyai pikat yang hebat, belum jumpa lagi.

Diharap akan menemui pikat yang diidamkan itu.

Selamat Tahun Baru Islam 1430H dan Masehi 2009 kepada geng yang singgah di blog ini.

Salam