Monday, January 19, 2009

Pikat Romeo



Hari Sabtu tak dapat mikat, anak terpaksa ganti sekolah sempena Tahun Baru Cina, hari Ahad janji ngan member nak mikat kat PCarey, tup-tup member ubah tempat pula mikat kat ladang Tumbok, Sg Pelek Sepang... boleh tahan jauhnya. Awak jenis yang main sekerat hari je. Kawasan tu mesti famous ngan Azmi-Sifu.........Gi ngan motor mahu satu jam setengah, almaklumlah motor kapcai.




Disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, maka ambil keputusan utk mikat kat tempat biasa ajelah. Kat sini ramai orang menembak ayam, maka kena main ngan berhati-hatilah. Pilih kawasan yang selamat iaitu kat kawasan kongsi pekerja ladang. Sini tak banyak ayam tapi kalau ada mesti datang belaga punya.....




Sampai kat laman lebih kurang kul 8:00pagi, relak jap dengar ayam kokok.....check kokok kualilah tu. Hari ni bawa pikat yang baru ambil dari member kat Tg Karang, katanya dah nangkap 7 kat sana . Dia bagi sebab kat sana dah tak boleh pakai pikat jantan lagi, kebanyakkan pemikat kat sana menggunakan pikat betina. Masa pergi ambil dia hari tu, aku test...memang betul pikat kokok ayam sampai, bila tengok pikat aje terus terbang.




Pikat ni adalah saudara mara ngan pikat hebat aku pada tahun lepas....sepupu papat dialah tu. Warna dan balung pun lebih kurang sama, kokok macam ayam baru nak belajar kokok. Kira boleh pakai ajelah. Dah dengar ayam yang ditarget, apa lagi pasang racik rentap dan lentang satu kepala depannya. Malas nak pasang banyak, letih bila nak mengutipnya. Keluarkan pikat dan cari tempat nyorok. Pikat ni jenis lambat kokok sikit, asyik menepuk aje lepas tu panggil betina.




Lebih kurang 15minit AH menjawab kat sebelah, pikat pun terus menjawab, tengok pikat dah ligat kat laman. AH terus keluar menuju ke kawasan hutan kat sebelah pikat, kelihatan satu gerombolan betina keluar dari hutan menuju kepikat. Pikat apalagi menunjukkan kehebatan memujuk betina untuk datang kepadanya. Dua ekor datang kelamannya dan satu ekor telah tersangkut kat racik rentap didepan, apalagi bermulalah aksi tarik-menarik sampai ngan pikat sekali takut dibuatnya. Dalam hati berkata boleh tahan juga kau punya romeo ya.....








Tengoklah gambar ngan video .......





8 comments:

Azmi bin Abdullah said...

buleh tahan pikat awak tu Man... sah la dah lama tak dapat tu..he..he...

Hissham Z said...

Salam,
menarik kalu dpt join group saudara pegi memikat. AH lain yang tumbang dek denak boleh dibela tak? ada sejarah tak org bela? camana cara nak contact anda, sbb sy minat nak bela ayam hutan. email sy shammos@yahoo.com

Geng Mikat Klang said...

Mie,

Tengok gayanya nampak camtulah, betina tu bela nampaknya dah makan nasi...dapat laki muda lagi iaitu pikat SMPS tu...hehehehe...

Geng Mikat Klang said...

Saudara Hisham,

No hal punya kalau nak gi mikat skali, saya main area jalan kebun aje... pasal AH ori tu memang ada yg bela & dapat anak lagi, saya ada salah seekor anaknya. Kalau no contact saya sila email ke razmanrcl@yahoo.com

mart lae said...

Man,

Tak liar ke ibu yg dapat tu. Dah boleh makan nasi..??? letak sekali dgn ayam lain ker...

Geng Mikat Klang said...

Lan,
Boleh tahan jinaknya, letak ngan pikat muda yg bernama SMPS tu...

Unknown said...

It is housed in 48.5 mm case, accentuates its technical originality by lighting it up with sparkling brilliance.The particular 38-jewel hand-wound movement oscillating at 21,600 vibrations per hour is shown through the particular transparent case-back.Roger Dubuis replica watches

Unknown said...

Salam semua.. ada group FB tak utk geng mikat ni ?