Monday, February 2, 2009

Tangkapan Ke-3 SMPS

Minggu lepas aku cuti sakan sempena Tahun Baru Cina. Awal percutian buat trip pergi Cameron Highland ngan family.....bawa anak-anak makan angin. Seronok juga gi sana sebab tempat sejuk dan banyak permandangan cantik boleh dilihat. Kata orang hijau mata melihatnya. Masa pegi tu boleh tahan traffic jamnya, bertolak dari Klang pukul 11:00 sampai kat sana +/- 5:00 petang naik lenguh kaki dibuatnya. Hotel kat sana semuanya habis jadi terpaksa tinggal kat homestay je. Tak berapa selesa sebab member dengkur kat bilik sebelah pun boleh dengar. Tak boleh tidur nyenyak dibuatnya.




Yang bestnya pula kat balai Polis Brinchang tu ada member polis main ayam, banyak reban kecik kat kuarters mereka. Dalam hati berkata kat mana pun ada geng juga yang minat ngan benda-benda tradisional ni. Habis masa bercuti kat CH, balik kat Klang dan berehat sampai hari selasa. Anak mula bersekolah hari Rabu(Sekolah Agama Je) jadi pagi tu peluanglah untuk aku meneruskan aktiviti memikat.

Jadi hari Rabu, Khamis dan Jumaat tu aku bantailah memikat setengah hari aje, hari Rabu ngan Khamis 3 x pikat belaga ngan AH tapi tak dapat, tak ada rezeki nampaknya. Cuma pada hari Jumaat je barulah ada rezeki. Tak payah nak diterangkan macam mana nak dapat tu sebab jalan cerita tu lebih kurang sama aje. Tapi yang sedikit ralat tu aku dah ambil video selama 2 minit lebih tapi ter'delete'lah pula. Tengok gambarlah nampaknya.

4 comments:

Azmi bin Abdullah said...

Ye la Man jalan citer dia sama jer, len kali kena masukkan gambar AH yang dah jadik lauk.... mcm2 resepi buleh buat.

Geng Mikat Klang said...

Ha...ah.

mart lae said...

Betul tu...tak payah macam saya citer berjela². Sudahnya ayam tak dapat. Bila dah dpt...pendek plak citernya....ha...ha...ha

Geng Mikat Klang said...

Lan,

Jgn cakap camtu, kecik hati geng yg nak baca cerita tu...ha.ha.ha.ha