Wednesday, March 4, 2009

Merbuk@Ketitir



Setengah daerah dipanggil ketitir atau dalam bahasa orang putih diorang panggil 'Zebra Dove'. Banyak ditemui di kawasan lapang dan luas dimana burung ini sangat suka mencari makan disitu.
Aku mula berjinak-jinak membela dan memikat merbuk 3 tahun lepas dimana ia berjangkit semasa memikat terkukur bersama dengan otai merbuk ini.
Otai kini tidak berapa sihat kerana ada penyakit dan terpaksalah aku bergerak sendiri menerus aktiviti memikat ini. Dia banyak membantu aku dalam mengenal pasti burung yg baik untuk dijadikan pikat ini.
Sekarang ini aku mempunyai 2 ekor pikat dan 2 ekor burung baru. Tapi sekarang ini jarang-jarang bawa disebabkan oleh aktiviti memikat ayam dan terkukur.
Aku mempunyai 2 Jebak yang dibeli dari otai dimana dia membuatnya sendiri. Semua peralatan memikat aku dibuat oleh otai ini.
Merbuk kebiasaannya memerlukan sehingga 2 ke 3 tahun untuk galak berbunyi dan sesuai untuk dijadikan pikat. Jadi kebiasaanya peminat merbuk ini seorang yang mempunyai sifat penyabar yang lebih. Maklumlah kena tunggu bertahun-tahun baru mahu jinak dan berbunyi.
Aku menggunakan kantau atau kayu pacang atau galah untuk memikat. Ia memudah proses meletakkan jebak diatasnya dan tidak perlu memanjat pokok . Bahaya!
Buat masa ini rasanya aku sudah mencukupi dengan 4 ekor ini. Tak perlu tambah lagi sebab dah tak ada tempat nak letak merbuk ini.