Monday, December 22, 2008

Tangkapan ke-2 SMPS

Minggu ni turun pada hari Sabtu je(20/12/2008), hari Ahad dok kat umah je. Cuci laman kat belakang dan tanam serai sebab yang lama tu dah terlalu tua.

Sabtu pagi-pagi selepas sembahyang subuh, bertolak ke tempat biasa aje. Ingat hendak nak himpit ayam yang tak mahu masuk laga pada minggu lepas. Sampai kat kebun terus ke lorong yang di fikirkan semasa diatas motor tadi. Sampai ke lorong tu terus terkejut, banyakkkkkknya basikal mat bangla ni......diaorang tengak kait buah la pula, hampeeeeeh betul terpaksalah cari lorong lain. Di sebabkan kawasan ini memang menjadi kegemaran aku sejak dulu lagi, jadi terpaksalah pindah laman yang dekat-dekat situ aje.

Sambil lalu tengok ada sekor AH kat lorong, terus turun dan himpit AH tu, tengah pasang racik AH tu kokok kat lorong sebelah je, cepat-cepat keluarkan pikat dan nyorok. Lebih kurang
5 patah pikat kokok, pikat dah menepuk-nepuk rancak. Kelihatan AH tadi keluar dari semak berhampiran dan terus menghampiri pikat. Tiba-tiba terus belah dengan laju bila tengok racik ranjau, alamak AH tadi tu memang celih gila rupanya.

Angkat pikat terus ke lorong hujung, dengar AH dok kokok kat hujung sempadan sana tu, terus pergi himpit (yg ni bunyi 'kokok kuali tu'). Pasang racik laju-laju dan keluarkan pikat dan cari tempat untuk nyorok. Lebih kurang 10 patah kokok, tengok pikat dah menepuk-nepuk dengan rancak. AH tadi telah sampai dan terus menghampiri pikat. Tiba-tiba pikat terkeluar dari laman, dia pergi kat belakang semak macam tersangkutlah pula, AH tadi tengok macam pelik aje dan terus nak belah dari situ.

Alamak macam ni tak da harapanlah hari, sekejap ja pikat tadi kembali balik kat laman dia dan terus kokok balik sambil menepuk-nepuk memujuk AH tadi masuk belaga, selepas berapa minit kelihatan AH tadi marah kembali dan terus menghampiri pikat.

Dalam perjalanan tu AH tadi telah tersangkut racik kat depan pikat. Dapatlah ayam tu.
Lebih kurang pukul 11.15 pagi balik.

Tammat.

Tengoklah video kat bawah ni.(Kualiti gambar tidak memuaskan-Harap Maaf)-Telefon murah aje.....
(P/s: AH ni jenis kuat menjerit tau)
video

Thursday, December 18, 2008

Masuk Bakul(Chetok)

' Waiman'

Malam tadi mula mengajar burung baru masuk bakul, semuanya ok sebab BB ni memang dah jinak cuma nak kena paksa sikit barulah mereka nak masuk. Burung baru ni namanya 'Waiman' sempena nama lorong tempat ia ditangkap pada bulan Nov tahun lepas. Suaranya kasar tarik, guk 1-2, selang ada, banyak truuku dan ada angguk anggar. Pada tahun lepas burung ni sekor aje aku tangkap menggunakan pikat yang dibeli dari Mie Kedah. Pikat tu aku dah bagi Abang yang dok kat Lipis tu. Ia disebabkan aku menghabiskan banyak masa menangkap AH. Jadi bila betul-betul yang ada suara berkenan barulah aku menangkap.



'Lembut'

Yang lagi sekor ni dah 2 tahun dibela barulah menjadi, sekarang ni pantang BH melintas kat belakang umah , mesti mengganguk sakan punya. Burung aku sendiri pun tak ingat kat mana ditangkap dahulu. Sebabnya dah terlalu banyak kat reban, tanda kaki pakai tali rapia, bila dah cabut.......habis le. Dulu ia tak berapa garang, hanya suka berdeguk saja. Suara lembut
tarik, seladang gantung(10x guk baru keluar guk 1), ada selang, banyak angguk , manik hancur habis dan bulunya merah. Kalau jadi memang syok sebab ia sangat rajin berdeguk sama macam 'Waiman' juga.





Ada lagi.........

Cuba tengok gambar kat bawah tu ada lagi yang dok tengah ajar untuk dijadikan pemikat.
Burung ni aku dapat masa mikat ayam dulu. Bela lebih kurang 6 bulan , kokok kat dalam reban.
Apalagi lagi cubalah nasib, burung tua buat pemikat. Boleh ta
han dia punya jinak tu....
Kalau tak ok, nanti lepaskan balik kat hutan.


Monday, December 15, 2008

Pikat Baru(Sg Mun Pagar Sasak-SMPS)

Dah seminggu dah tak buka blog, cutilah katakan habis apa lagi bila dok kat kampung semua benda dah tak ingat. Asyik dok berulang alik dari rumah kita ngan rumah mentua. Kat sana hari pertama balik je hujan, lepas dah kering balik dah, cuma mendung aje. Dalam dok asyik berulang alik tu sempat juga pergi menjala dan memukat kat sungai dekat ngan Kg Pak Badol. Hasilnya memang sangat memuaskan. Ikan Sepat Kedah, Sepat Ronggeng, Puyu, keli, Belida(selat) dll. Gambarnya tak sempat nak ambillah pula sebab pon tinggal kat umah....takut kena airlah pula. Lain kali mesti tangkap gambar sebab nak tunjuk kat kekawan betapa besarnya ikan puyu kat situ(Dalam anggaran 3 ekor 1 kilo).

Hari Jumaat petang berangkat balik ke Klang +/- 8.30pm bertolak dari umah orang tua, pukul 12.00 malam singgah jap kat Lipis sebab abang nak bagi ayam muda untuk buat pikat. Katanya ayam tu namanya SMPS. Warnanya kuning, kat Lipis tak boleh main warna ni, AH tak mahu masuk katanya."Pucuk Dicipta Ulam Mendatang", apalagi seronoklah dapat ayam baru, muda pula tu.

Lepas dah ambil SMPS tu terus tolak ke Klang, sampai kat rumah dalam pukul 3.00 pagi. Lepas turunkan barang-barang kat kereta, pukul 4.00pagi barulah boleh tidur. Kunci jam pukul 6.00 pagi untuk bangun sembahyang subuh dan ingat nak try pikat baru ni. Tak sabar rasanya.

Lebih kurang pukul 7.30pagi ambil SMPS masuk dalam beg, orang rumah tegur, ayam punya pasal tidur dua jam je pun tak apa, janji dapat gi mikat. Nak lepas gian dah seminggu tak dapat dengar AH kokok.

Pergi tempat biasa Bkt Ggk, sampai je kat laman pasang racik 3 kepala, ayam muda..... takut belaga. Tak sampai 10minit AH terus himpit tapi tak nak belaga, pasang racik dekat ngan pikat, kalau tak .......2 ekor menghimpit tapi semuanya tak nak belaga.

Try pasang laman kedua pula, ayam ni 'kokok kuali' punya, dah lama dok berentap lawan kokok ngan SMPS yang pasang kat laman pertama tadi. Tak sempat kokok lima patah , dah sampai kat depan pikat ngan terbang lagi.'Sending' punya 'sending' dah sangkut kat racik. Boleh tahan SMPS ni. Lebih kurang pukul 11.30am balik lah .




video video

Friday, December 5, 2008

Cuti Hari Raya Haji

Bermula pada malam esok (6/12/08) hingga 14/12/2008, aku akan berada dikampung sempena menyambut hari raya haji. Jadi mungkin tak dapat nak update-lah blog ni. Di harap lepas hari raya nanti banyaklah cerita baru dapat dimuat di blog ni.

Kepada geng yang tak balik diharap dapat berusaha lebih menangkap burung ataupun ayam.

Cayok! cayok!

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Wasalam.

Monday, December 1, 2008

Laporan Mikat 29/11

Hari kena pegi mikat sebab esoknya confirm tak dapat sebab org umah pegi JB .... anak buahnya kahwin dan aku terpaksa dok umah jaga anak dan juga ke PJ sebab anak buah aku pun ada majlis ijab kobul...kira kahwin juga lah tu...so adilkan.

So pagi lepas subuh terus berangkat kat tempat biasa(Bkt....) korang dah tahu punya... hari ni mesti syok mikat punya sebab malam tadi hujan... biasanya kalu malam hujan mesti ayam garang punya.

Hari ni aku bawa 2 ekor pikat, pikat tua tu saja aku nak confirmkan yang last punya bahawasanya dia dah memang tak boleh main lagi (takut kat utan-banyak kali kena taji). Sampai kat lorong biasa aku main, tengok ayam utan dok kokok , apalagi turun motor terus pasang pikat tua. Tak sempat nyorok ayam utan dah lompat kat depan pikat dan terus mengejar pikat.... dengan lajunya pikat tua melarikan diri berserta dengan bunyinya skali. Sah memang condem dan bacul kat utan, nampaknya kena ambil baka ajelah.....

Sakitnya hati tidak terkata tapi bersabar ajelah.......ada seko lagi pikat maaaa......, aku terus masukkan pikat tua dalam beg dan pindah laman kat hujung. Terus keluarkan pikat Abg Din dan nyorok. Lebih kurang 10 patah pikat kokok, kelihatan pikat menyenget dan tepuk, confirm ayam ada kat depan. Kelihatan AH lalu depan pikat macam nak berlaga.....tapi macam kenal racik aje..... celih agaknya. Tunggu punya tunggu Ah terus naik pokok dan lawan kokok ngan pikat....melepas lagi.....

Lepas angkat laman kedua, dah rasa malas dah nak pasang racik lebih, pasang racik rentap cukuplah tu...Laman ketiga selang dua tiga lorong aje ngan laman kedua, masa nak balik tu dengar AH kokok katik, try ajelah. Terus pasang pikat ngan racik rentap aje.... pikat tepuk terus AH tadi naik pokok dan kokok, nampak pikat terus terjun cari. Sampai depan nak berlaga tapi nampak racik terus berlari.......celih juga nampaknya..... tengah berlawan kokok tu datang sekor lagi nak berentap ngan pikat betul-betul lalu depan pikat.....menyesal betul tak pasang racik ranjau. Kalau dah tak ade rezeki tu apa boleh buat......tapi hari ni puas betul tengok AH nak berentap ngan pikat.

Wednesday, November 26, 2008

Turun Baka

Sekarang ni aku tengah cuba buat baka untuk pikat yang hebat pada tahun lepas(Pikat tua). Cuba tengok gambar kat bawah ni...










Pikat ni adalah antara pikat kesayangan akulah..... kiranya tak pernah hampa bawanya turun laman. Tak payah main jauh untuk dapat ayam, dekat kawasan ngan rumah pun boleh dapat AH(kaw. celir lah tu). Aku ambil pikat ni ngan orang tua kat Tanjung Karang tapi sekarang ni tak ada baka yang serupa ngan pikat ni. Jadi terpaksalah aku turunkan benih dia .


Betina pula aku ambil ngan kawan kat Pandamaran. Cuba tengok gambar kat bawah ni...












Bini dia ni adalah anak lapisan pertama, dimana bapanya adalah AH original(Tembaga-idup lagi skrg ni) dan ibunya anak dari lapisan yang pertama.

Aku harap projek ni akan berjaya.....InsyaAllah

Tuesday, November 25, 2008

Laporan Mikat 23/11

Hari sabtu tak dapat pegi mikat sebab org umah keja, lepas tu tmpt keja buat pertandingan bolinglah pula. Tak join tak sedaplah pula. Lagipun boling ni aku jarang-jarang main le. lepas main confirm sakit bahu ngan peha skali....... maklumlah terlalu profesional. main 3 frame macam nak patah tangan dibuat, kira punya kira dapatlah no 4, dapatlah sikit hadiah.....alhamdullilah.

Malamnya geng sms ajak mikat kat seri cheeding sebab hari ni dia dapat sekor kat situ, esoknya lepas pegi pasar pagi-pagi tu, terus masuk pikat dalam beg dan berangkat ke seri cheeding. Lepas talipon geng dan tahu lokasinya terus cari dan jumpanya kat laman. Geng dah pasang 3 laman dah.
Lepas geng angkat pikat dia terus pegi kat tepi sungai , boleh tahan ayam kokok kat sini, terus pasang pikat dan nyorok kat blakang sawit, pikat terus bunyi..... tak sampai 5 kali bunyi terus ayam hutan menyahut kat sebelah , garang betul.....

Tunggu lebih kurang lima minit, pikat dah senyap aje , mesti ada ayam kat sebelah tu, tiba-tiba, aku tengok ayam betina terus melambung keudara daripada depan pikat......sah mesti ada yang tersangkut racik kat depan tu, dengan laju terus pegi tengok pikat, alamak tak ada apa le!!!!!!!! check racik kucup satu mata, rupa-rupanya betina tadi yang kena racik tapi rabut........tak de rezeki nampaknya hari ni.....

Tuesday, November 18, 2008

Laporan Mikat Pd Sabtu & Ahad(15th & 16th)

Hari Sabtu, pergi mikat kat tempat biasa aje, bkt ggk..... ayam banyak tapi semua macam dah kenal pikat.. pikat kokok dia datang tapi dok kat sebelah aje.. lawan kokok sampai pikat 'terbang kokok' sebab terlalu geram ngannya. Pasang dalam 2 laman je dah tak boleh tahan, cuaca pun tak baik, mendung aje.. Pukul 11.3am nak balik, mak ooooiiiiii.... hujan bukan main lebat lagi....nasib baik bawa baju hujan. Redah ajelah hujan tu.. lagipun dah nak balik umah.


Hari Ahad, geng ajak main kat Sungai Sedu katanya ayam banyak kat situ tapi diaorang pukul 5.30am dah tolak dah...jadi terpaksalah aku ikut belakang sebab biasanya aku tolak lepas subuh(+/-6.15am). Aku masuk ikut umah org asli bkt perah... sampai sana cheeck lorong utk pasang pikat , geng dok kat depan sana sebab dia ikut jalan depan , confirm tak jumpa dia punya... masa survey lorong tu ternampak ayam utan dok mengejar sama sendiri, confirm garang punya, apalagi pasanglah pikat.... pikat kokok punya kokok...... tiba-tiba senyap aje dan terus menepuk-nepuk... rupanya ayam utan tadi dah ada kat depan pikat tapi macam kenal aje yang kat depan tu pemikat.... Dengan perlahan-lahan dia cabut dan dok kat sebelah lorong. lawan kokok aje. sah memang celih kawasan ni.......ataupun pikat tak berapa power......
Pasang laman kedua pun sama aje, datang laju aje tapi bila tengok pikat aje terus masuk semak lawan kokok..... tak apa, mungkin tak ada rezeki hari ni, lain kali datang bawa pikat yang lain pula..........

Monday, November 10, 2008

Yayasan Selangor, Pulau Carey-Laporan Memikat

Malam tu sms geng ajak mikat kat Bukit Ggk, geng terus call balik kata nak main kat Pulau Carey. Dalam hati kata, dah lama tak main kat sana... dulu lama main kat sana tak pernah dapat ayam, lepas tu pukul 9 pagi tu dah susah nak dengar ayam kokok tapi disebabkan geng ngajak pegi jugalah, lepas tu nak test pikat Abg Din yg baru nangkap sekor tu.

Pagi-pagi lepas solat subuh, masukkan pikat dalam beg, hari ni bawa dua ekor pikat, sekor pikat Abg Din , sekor lagi pikat hebat tahun lepas(nangkap 15 ekor kat Bkt Ggk) tapi jadi takut kat hutan disebabkan banyak kali kena taji ayam hutan. Lepas minum pagi kat teluk, berangkatlah kita ke Pulau Carey, sampai sana +/- pukul 7.50pagi, kita orang terus berpecah cari laman.

Pikat ni kalau bawa 2 ekor , suka kokok dalam beg....ni yang susah nak menghimpit ayam ni, selepas dengar ada sekor yang ' kokok kuali'-pinjam mie punya ayat pasang lah pikat Abg Din.

Pikat yang sekor lagi gantung kat motor, kokok sakan dalam beg.....agaknya tak boleh tahan dengar bunyi ayam hutan kokok. Selepas menunggu +/- 20 minit, ayam hutan tadi tak mahu masuk tapi kokok kat sebelah je...saya dah naik boring menunggu, pegi balik kat motor ambil pikat tua tu, saja je nak cucuk kat sebelah bagi dia galak.

Lepas tu pegi balik kat pikat baru tu untuk nengok, belum sampai kat pikat, tiba-tiba bunyi brok-brak, brok-brak, apalagi laju lah langkah takut- takut pikat kena belasah ngan benda lain, tapi...... rupanya tengah belaga ngan ayam hutan, cepat-cepat jalan untuk halau ayam hutan tu-takut jadi macam pikat tua.

Sampai lebih kurang sedepa pun ia masih belaga, lepas nampak saya barulah ia mahu cabut tapi nasib dia kurang baik kerana kakinya dah kena racik....dapat yang kokok kuali tu.

Lepas ambil ayam hutan tu, check taji-masih muda lagi...fuhhhhh nasib baik kalau tak nanya pikat tu.

Alhamdulillah, rezeki Pulau Carey yang pertama..........








Thursday, November 6, 2008

Sangkar Layang(Koleksi)

Inilah sangkar layang yang berukir yang dibeli pada tahun 2006 dekat kedai Abg Pilus kat Bkt Kemuning dengan harga RM 125.00 sahaja.
Sekarang ni dikhabarkan bernilai +/- RM350.(Ada 2 biji buat koleksi-tak letak burung pun sebab tak da pikat power...sayang).

Geng bagitau stocknya pun susah nak dapat, saya survey kat Klang pun memang confirm tak de...

Abg Pilus pun tak niaga kedai burung lagi, sekarang ni bukak restoren makanan kat Jenjarum.

Monday, November 3, 2008

Ramainya orang memikat...

Minggu ni nak gi mikat ayam sedikit ralat pula, Mrs kursus pula 3 hari pula tu, dari hari jumaat (31/10~2/11). Potong stim betul.....kena jaga 3 orang puteri kat umah le.

Tapi disebabkan gian mikat, pada 2/11 selepas beli sarapan untuk 3 orang puteri tu, apa lagi chowlah pegi bukit gagak(tempat kegemaran le..).

Sampai disana, alamak.... ramainya orang mikat sampai habis tempat lorong yang berpontensi dah dibooking oleh mereka ini. Kecewanya bukan kepalang.

Lain kali kena mikat pada hari kerjalah pula(ambil cuti tahun).

sekian........

Friday, October 31, 2008

Lain nak lain dapat.....

Baru-baru ni gi mikat ayam ngan geng kat dengkil, tengah syok intai ayam, lain macam bunyi kat belakang, ayoo....yoooo ular sawa rupanya, apa lagi panggil geng tangkap le....



Bawa gi kat Jenjarum, timbang ada lee......dalam 15kg(tak tahu member nak buat apa....ambil kulit agaknya) kesian dia........

Itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Wednesday, October 29, 2008

Hasil Pertama Pikat Baru

Pada 28/10, pergi bukit gagak lagi tapi bahagian atas, pasang pikat terus kokok, ada 3 ekor datang menghimpit, sekor tak nak balaga, masuk utan balik tapi yang sekor ni garang betul terus masuk , apa lagi sangkut kat raciklah .

Test Pikat Baru

Pada hari sabtu 26/10, pergi bukit gagak try pikat baru yang dipinjamkan oleh Abg Din Kastam.
Boleh tahanlah, ada 2 ekor ayam menghimpit tapi tak mahu belaga, celih agaknya. Pukul 12:00tgh baliklah cuma test je. lain kali cuba lagi.
Tengok video kat bawah ni......

video

Friday, October 24, 2008

Golok Mikat









Inilah golok yang dibawa untuk gi mikat ayam dan kukur.
Boleh tukar-tukar. Tak dalah boring bawa yang sama je.