Wednesday, November 26, 2008

Turun Baka

Sekarang ni aku tengah cuba buat baka untuk pikat yang hebat pada tahun lepas(Pikat tua). Cuba tengok gambar kat bawah ni...










Pikat ni adalah antara pikat kesayangan akulah..... kiranya tak pernah hampa bawanya turun laman. Tak payah main jauh untuk dapat ayam, dekat kawasan ngan rumah pun boleh dapat AH(kaw. celir lah tu). Aku ambil pikat ni ngan orang tua kat Tanjung Karang tapi sekarang ni tak ada baka yang serupa ngan pikat ni. Jadi terpaksalah aku turunkan benih dia .


Betina pula aku ambil ngan kawan kat Pandamaran. Cuba tengok gambar kat bawah ni...












Bini dia ni adalah anak lapisan pertama, dimana bapanya adalah AH original(Tembaga-idup lagi skrg ni) dan ibunya anak dari lapisan yang pertama.

Aku harap projek ni akan berjaya.....InsyaAllah

5 comments:

sally said...

oii che man, org cuti sekolah kawinkan anak, ko kawinkan ayam..hahahah.

Geng Mikat Klang said...

Cik Sally,

Nak kahwinkan anak kocik lagi, jadi kahwinkanlah ayam. Tahun depan dapat cucu ayam, haaa..haaa...

junaidi @ Jerun Roku said...

salam bro .. aku teruja betul tgk kau post pasal ayam hutan dalam blog.. mergastua tak pantau ker ? aku pun ada bela ayam hutan gak .. tapi setakat bela jer lah ...
ada sepasang anak muda kat umah ni.. aku ambik telur dari tasik chini pahang.. kalau kau ada jantan .. nak cross dgn ayam betina aku leh lah...
nak tau port ayam hutan byak pun aku ada..hehehe

ini link blog aku
http://junaidismallfarm.blogspot.com/

Unknown said...

Designed with tourbillon with 38 jewels, there are actually a total of 403 scintillating precious stones all over the particular case and dial, measuring up to 25.31 carats.Roger Dubuis replica watches
Even the particular push-button and the particular crown guard are ennobled by baguette-cut diamonds. It is offered in a rubber-coated black alligator alligator strap.

Amin said...

macam mana cara nak main ayam hutan...member ada denak tp xde racik lagi...sy nk tolong carikn racik tp dia & sy pun xda pngalaman mikat ayam hutan...