Tuesday, February 24, 2009

Pikat Dalam Proses Pembikinan

Aku adalah membela beberapa ekor burung kukur(Spotted Dove). Sekarang ni dok rajin kat rumah tapi kat laman belum meletup lagi.

Jadi sekarang ni dok tengah rajin membawanya ke laman untuk membiasakannya . Kat bawah ni nanti aku tunjukkanlah gambar burung tu ngan namanya sekali agar geng dapat melihatnya.
1) BT

Seladang Gantung
Selang Kuku
Gagap
Selang
Angguk Laman
Tekan rapat


2) Waiman

Gok 2 gantung
Selang
Angguk
Gagap




3) Lembut

Seladang gantung
Selang
Angguk




4) Omang
Gok 1
Selang
Tekan rapat
Angguk laman






Inilah dia yg aku duk ajar tu, saya ada sekor brg pesum tapi tak letak kat sini sebab dia tu buat dengar suara dia aje.

Monday, February 16, 2009

"Susahnya Kalau Kedua-dua Perform"

14/02/2009 (Sabtu)
Hari Sabtu tak pergi memikat cuma dok kat rumah aje, jemur burung dan bagi pikat ayam mandi debu(berkubang). Bukan main seronok mereka semua sebab tuannya ada kat rumah disamping tu pagi tu mengajar merbuk baru masuk jebak dan letak kat kawasan lapang belakang rumah, bukan main galak lagi meratos dalam jebak. Tu baru sekali je tu masuk jebak.....kalau dah berkali-kali nanti kat umah ruih rendah dibuatnya sebab di stim kat hutan.
Disebelah petangnya aku mengajar pula burung kukur 'silembut' ngan isi banyak tu, boleh tahan kat laman , 'silembut' baru first time kat laman dah buat gok, tekan dan skali sekala keluar selangnya tapi bila nak gi ambil biasalah burung baru.....faham-faham ajelah. Hari ini memang puas hatilah sebab apa yang diajar tu mahu bunyi. Malam tu buat tali kaki ayamlah pula.
15/02/09 (Ahad)
Hari ni tak pergi pasar sebab semalam dah beli lauk banyak, jadi hari ni bolehlah keluar awal sikit,tujuannya adalah untuk menghimpit burung seladang jati pada minggu lepas. Hari ni bawa dua "senjata" iaitu pikat BB tu ngan pikat ayam baru( tukar ngan pikat romeo hari tu-gugur bulu).
Sampai je kat laman lebih kurang kul 8 pagi, nak try ayam dulu sebab ayam baru, tak tahu lagi boleh pakai ke tidak. Pasang je ayam terus tepuk dan kokok, kelihatan sekor ayam kuning menghimpit tapi patah balik, tak berani rentap. Selepas tu lebih kurang lapan ekor anak ayam muda jantan dan betina datang kat pikat, nasib baiklah tak kena racik sebab pasang racik rentap aje. Kalau tak naya member tu...
Dalam hati berkata boleh tahan juga pikat baru ni sebab anak ayam tak takut kat dia, lepas tu angkat pikat dan terus pegi ke tempat seladang jati tu, sampai sana ruih rendah bunyi burung kukur termasuklah seladang jati tu, BB dalam bakul dah tak boleh tahan dah, lawan terus je, agaknya stim dah....banyak kali dah kena angkut. Semasa nak himpit burung tu, dengar pula ayam kokok kat sawit kecik sebelah tu, 'kokok kuali' pula tu, apalagi pasang ayam dulu le janji dok tengah ayam nampak burung pun nampak. Lepas pasang ayam tu pasang burung pula, siap pasang burung, pikat ayam dah senyap aje, alamak dah ada ayam berlegar-legar kat sebelah le...nak belaga dah. Burung pula dah berentap ngan seladang jati tu, mana satu nak tengok ni, kesudahannya ayam juga menang, burung kasi masuk bakul dulu dan biar tak tanah, mendidih dalam bakul.
Ayam tu dok main pusing pikat aje kat batang kelapa sawit tu, tak nak belaga lagi. Burung pula , BH terus cari pikat dan turun bila tengok aje bakul, apalagi cabut le member.
Kesudahan bagi cerita ayam pula berakhir dengan racik lekat kat kaki......dapat le tu.... tengoklah gambar ngan video yang disajikan. Ayam tak dapat nak disajikan...MAAAAAF
"Susahnya kalau Kedua-dua perform"

Tuesday, February 10, 2009

Ajar Burung Baru

Semalam mood aku untuk main burung kukur dah naik balik disebabkan oleh burung baru yang diajar menunjukkan prestasi yang agak baik bila berdepan ngan burung hutan.



Burung ni sora dia sedang atas, gok satu, selang coo-coo(terku), selang, selang angguk , ada tembak(mengerlebang kat laman) boleh dikatakan menepati ciri-ciri yang diidamkan oleh setiap pemikat. Kat umah dia hanya tahu buat gok aje tapi bila kat hutan, saya pun terkejut melihat perubahan watak yang amat ketara sekali. Semua isi dikeluarkan bila berdepan ngan burung hutan cuma gagap(tindih) aje yang belum dikeluarkannya lagi.



Harap-harap 2 ke 3 kali bawa lagi dapatlah mendengar gagapnya pula. Saya ada membuat sedikit rakaman tapi kurang jelas audionya. Gambar pun tak berapa nampak.

Monday, February 2, 2009

Tangkapan Ke-3 SMPS

Minggu lepas aku cuti sakan sempena Tahun Baru Cina. Awal percutian buat trip pergi Cameron Highland ngan family.....bawa anak-anak makan angin. Seronok juga gi sana sebab tempat sejuk dan banyak permandangan cantik boleh dilihat. Kata orang hijau mata melihatnya. Masa pegi tu boleh tahan traffic jamnya, bertolak dari Klang pukul 11:00 sampai kat sana +/- 5:00 petang naik lenguh kaki dibuatnya. Hotel kat sana semuanya habis jadi terpaksa tinggal kat homestay je. Tak berapa selesa sebab member dengkur kat bilik sebelah pun boleh dengar. Tak boleh tidur nyenyak dibuatnya.




Yang bestnya pula kat balai Polis Brinchang tu ada member polis main ayam, banyak reban kecik kat kuarters mereka. Dalam hati berkata kat mana pun ada geng juga yang minat ngan benda-benda tradisional ni. Habis masa bercuti kat CH, balik kat Klang dan berehat sampai hari selasa. Anak mula bersekolah hari Rabu(Sekolah Agama Je) jadi pagi tu peluanglah untuk aku meneruskan aktiviti memikat.

Jadi hari Rabu, Khamis dan Jumaat tu aku bantailah memikat setengah hari aje, hari Rabu ngan Khamis 3 x pikat belaga ngan AH tapi tak dapat, tak ada rezeki nampaknya. Cuma pada hari Jumaat je barulah ada rezeki. Tak payah nak diterangkan macam mana nak dapat tu sebab jalan cerita tu lebih kurang sama aje. Tapi yang sedikit ralat tu aku dah ambil video selama 2 minit lebih tapi ter'delete'lah pula. Tengok gambarlah nampaknya.