Monday, February 16, 2009

"Susahnya Kalau Kedua-dua Perform"

14/02/2009 (Sabtu)
Hari Sabtu tak pergi memikat cuma dok kat rumah aje, jemur burung dan bagi pikat ayam mandi debu(berkubang). Bukan main seronok mereka semua sebab tuannya ada kat rumah disamping tu pagi tu mengajar merbuk baru masuk jebak dan letak kat kawasan lapang belakang rumah, bukan main galak lagi meratos dalam jebak. Tu baru sekali je tu masuk jebak.....kalau dah berkali-kali nanti kat umah ruih rendah dibuatnya sebab di stim kat hutan.
Disebelah petangnya aku mengajar pula burung kukur 'silembut' ngan isi banyak tu, boleh tahan kat laman , 'silembut' baru first time kat laman dah buat gok, tekan dan skali sekala keluar selangnya tapi bila nak gi ambil biasalah burung baru.....faham-faham ajelah. Hari ini memang puas hatilah sebab apa yang diajar tu mahu bunyi. Malam tu buat tali kaki ayamlah pula.
15/02/09 (Ahad)
Hari ni tak pergi pasar sebab semalam dah beli lauk banyak, jadi hari ni bolehlah keluar awal sikit,tujuannya adalah untuk menghimpit burung seladang jati pada minggu lepas. Hari ni bawa dua "senjata" iaitu pikat BB tu ngan pikat ayam baru( tukar ngan pikat romeo hari tu-gugur bulu).
Sampai je kat laman lebih kurang kul 8 pagi, nak try ayam dulu sebab ayam baru, tak tahu lagi boleh pakai ke tidak. Pasang je ayam terus tepuk dan kokok, kelihatan sekor ayam kuning menghimpit tapi patah balik, tak berani rentap. Selepas tu lebih kurang lapan ekor anak ayam muda jantan dan betina datang kat pikat, nasib baiklah tak kena racik sebab pasang racik rentap aje. Kalau tak naya member tu...
Dalam hati berkata boleh tahan juga pikat baru ni sebab anak ayam tak takut kat dia, lepas tu angkat pikat dan terus pegi ke tempat seladang jati tu, sampai sana ruih rendah bunyi burung kukur termasuklah seladang jati tu, BB dalam bakul dah tak boleh tahan dah, lawan terus je, agaknya stim dah....banyak kali dah kena angkut. Semasa nak himpit burung tu, dengar pula ayam kokok kat sawit kecik sebelah tu, 'kokok kuali' pula tu, apalagi pasang ayam dulu le janji dok tengah ayam nampak burung pun nampak. Lepas pasang ayam tu pasang burung pula, siap pasang burung, pikat ayam dah senyap aje, alamak dah ada ayam berlegar-legar kat sebelah le...nak belaga dah. Burung pula dah berentap ngan seladang jati tu, mana satu nak tengok ni, kesudahannya ayam juga menang, burung kasi masuk bakul dulu dan biar tak tanah, mendidih dalam bakul.
Ayam tu dok main pusing pikat aje kat batang kelapa sawit tu, tak nak belaga lagi. Burung pula , BH terus cari pikat dan turun bila tengok aje bakul, apalagi cabut le member.
Kesudahan bagi cerita ayam pula berakhir dengan racik lekat kat kaki......dapat le tu.... tengoklah gambar ngan video yang disajikan. Ayam tak dapat nak disajikan...MAAAAAF
"Susahnya kalau Kedua-dua perform"

8 comments:

Azmi bin Abdullah said...

Tahniah Man..,
semalam aku bawak dua2 jugak...pun aku dapat jugak;dapat 'letih'! he..he..

Geng Mikat Klang said...

Dapat juga Mie, kalau tak dapat apa-apa lagi susah...he.he.he

mart lae said...

Saya hari ahad pun dapat jugak...dapat dengar kokok jerlah. Parking motor, dengar ayam kokok. Apalagi...pegi duduk betul² kat seblah ayam tu jer. Tapi apa boleh buat....kelas dah nak start.

Geng Mikat Klang said...

Matlan,

Takpa study dulu sampai berjaya, ayam tak habis punya, saya ngan Mie akan simpan utk awak nanti.he.he.he

mart lae said...

Kawasan tu saya tahu ramai org main. Tapi dah hampir 5 tahun saya belajar kat sana...ayam masih byk.

kalau saya sampai awal...saya mesti lepak dengar ayam kokok. Selalunya tak penah miss tengok ayam main² kat bawah pokok.

Kalau belah petang...sajer jer saya tunggu sampai naik pokok.

sally said...

mak ai, ayat 'jemur burung' tu yg tak tahan tuh..ekekeke..

epu said...

wa ade 8 ekor ayam hutan ori...tetas pakai incubator...ha2..thun depan bleh main la..

epu said...

ok la tu...sume dapat, aku pn dapt gak...dapt tengok je...ah..lalu tepi pikat.je..mggu ni...keje dulu..besok siap ko....ha2..