Monday, December 22, 2008

Tangkapan ke-2 SMPS

Minggu ni turun pada hari Sabtu je(20/12/2008), hari Ahad dok kat umah je. Cuci laman kat belakang dan tanam serai sebab yang lama tu dah terlalu tua.

Sabtu pagi-pagi selepas sembahyang subuh, bertolak ke tempat biasa aje. Ingat hendak nak himpit ayam yang tak mahu masuk laga pada minggu lepas. Sampai kat kebun terus ke lorong yang di fikirkan semasa diatas motor tadi. Sampai ke lorong tu terus terkejut, banyakkkkkknya basikal mat bangla ni......diaorang tengak kait buah la pula, hampeeeeeh betul terpaksalah cari lorong lain. Di sebabkan kawasan ini memang menjadi kegemaran aku sejak dulu lagi, jadi terpaksalah pindah laman yang dekat-dekat situ aje.

Sambil lalu tengok ada sekor AH kat lorong, terus turun dan himpit AH tu, tengah pasang racik AH tu kokok kat lorong sebelah je, cepat-cepat keluarkan pikat dan nyorok. Lebih kurang
5 patah pikat kokok, pikat dah menepuk-nepuk rancak. Kelihatan AH tadi keluar dari semak berhampiran dan terus menghampiri pikat. Tiba-tiba terus belah dengan laju bila tengok racik ranjau, alamak AH tadi tu memang celih gila rupanya.

Angkat pikat terus ke lorong hujung, dengar AH dok kokok kat hujung sempadan sana tu, terus pergi himpit (yg ni bunyi 'kokok kuali tu'). Pasang racik laju-laju dan keluarkan pikat dan cari tempat untuk nyorok. Lebih kurang 10 patah kokok, tengok pikat dah menepuk-nepuk dengan rancak. AH tadi telah sampai dan terus menghampiri pikat. Tiba-tiba pikat terkeluar dari laman, dia pergi kat belakang semak macam tersangkutlah pula, AH tadi tengok macam pelik aje dan terus nak belah dari situ.

Alamak macam ni tak da harapanlah hari, sekejap ja pikat tadi kembali balik kat laman dia dan terus kokok balik sambil menepuk-nepuk memujuk AH tadi masuk belaga, selepas berapa minit kelihatan AH tadi marah kembali dan terus menghampiri pikat.

Dalam perjalanan tu AH tadi telah tersangkut racik kat depan pikat. Dapatlah ayam tu.
Lebih kurang pukul 11.15 pagi balik.

Tammat.

Tengoklah video kat bawah ni.(Kualiti gambar tidak memuaskan-Harap Maaf)-Telefon murah aje.....
(P/s: AH ni jenis kuat menjerit tau)

Thursday, December 18, 2008

Masuk Bakul(Chetok)

' Waiman'

Malam tadi mula mengajar burung baru masuk bakul, semuanya ok sebab BB ni memang dah jinak cuma nak kena paksa sikit barulah mereka nak masuk. Burung baru ni namanya 'Waiman' sempena nama lorong tempat ia ditangkap pada bulan Nov tahun lepas. Suaranya kasar tarik, guk 1-2, selang ada, banyak truuku dan ada angguk anggar. Pada tahun lepas burung ni sekor aje aku tangkap menggunakan pikat yang dibeli dari Mie Kedah. Pikat tu aku dah bagi Abang yang dok kat Lipis tu. Ia disebabkan aku menghabiskan banyak masa menangkap AH. Jadi bila betul-betul yang ada suara berkenan barulah aku menangkap.



'Lembut'

Yang lagi sekor ni dah 2 tahun dibela barulah menjadi, sekarang ni pantang BH melintas kat belakang umah , mesti mengganguk sakan punya. Burung aku sendiri pun tak ingat kat mana ditangkap dahulu. Sebabnya dah terlalu banyak kat reban, tanda kaki pakai tali rapia, bila dah cabut.......habis le. Dulu ia tak berapa garang, hanya suka berdeguk saja. Suara lembut
tarik, seladang gantung(10x guk baru keluar guk 1), ada selang, banyak angguk , manik hancur habis dan bulunya merah. Kalau jadi memang syok sebab ia sangat rajin berdeguk sama macam 'Waiman' juga.





Ada lagi.........

Cuba tengok gambar kat bawah tu ada lagi yang dok tengah ajar untuk dijadikan pemikat.
Burung ni aku dapat masa mikat ayam dulu. Bela lebih kurang 6 bulan , kokok kat dalam reban.
Apalagi lagi cubalah nasib, burung tua buat pemikat. Boleh ta
han dia punya jinak tu....
Kalau tak ok, nanti lepaskan balik kat hutan.


Monday, December 15, 2008

Pikat Baru(Sg Mun Pagar Sasak-SMPS)

Dah seminggu dah tak buka blog, cutilah katakan habis apa lagi bila dok kat kampung semua benda dah tak ingat. Asyik dok berulang alik dari rumah kita ngan rumah mentua. Kat sana hari pertama balik je hujan, lepas dah kering balik dah, cuma mendung aje. Dalam dok asyik berulang alik tu sempat juga pergi menjala dan memukat kat sungai dekat ngan Kg Pak Badol. Hasilnya memang sangat memuaskan. Ikan Sepat Kedah, Sepat Ronggeng, Puyu, keli, Belida(selat) dll. Gambarnya tak sempat nak ambillah pula sebab pon tinggal kat umah....takut kena airlah pula. Lain kali mesti tangkap gambar sebab nak tunjuk kat kekawan betapa besarnya ikan puyu kat situ(Dalam anggaran 3 ekor 1 kilo).

Hari Jumaat petang berangkat balik ke Klang +/- 8.30pm bertolak dari umah orang tua, pukul 12.00 malam singgah jap kat Lipis sebab abang nak bagi ayam muda untuk buat pikat. Katanya ayam tu namanya SMPS. Warnanya kuning, kat Lipis tak boleh main warna ni, AH tak mahu masuk katanya."Pucuk Dicipta Ulam Mendatang", apalagi seronoklah dapat ayam baru, muda pula tu.

Lepas dah ambil SMPS tu terus tolak ke Klang, sampai kat rumah dalam pukul 3.00 pagi. Lepas turunkan barang-barang kat kereta, pukul 4.00pagi barulah boleh tidur. Kunci jam pukul 6.00 pagi untuk bangun sembahyang subuh dan ingat nak try pikat baru ni. Tak sabar rasanya.

Lebih kurang pukul 7.30pagi ambil SMPS masuk dalam beg, orang rumah tegur, ayam punya pasal tidur dua jam je pun tak apa, janji dapat gi mikat. Nak lepas gian dah seminggu tak dapat dengar AH kokok.

Pergi tempat biasa Bkt Ggk, sampai je kat laman pasang racik 3 kepala, ayam muda..... takut belaga. Tak sampai 10minit AH terus himpit tapi tak nak belaga, pasang racik dekat ngan pikat, kalau tak .......2 ekor menghimpit tapi semuanya tak nak belaga.

Try pasang laman kedua pula, ayam ni 'kokok kuali' punya, dah lama dok berentap lawan kokok ngan SMPS yang pasang kat laman pertama tadi. Tak sempat kokok lima patah , dah sampai kat depan pikat ngan terbang lagi.'Sending' punya 'sending' dah sangkut kat racik. Boleh tahan SMPS ni. Lebih kurang pukul 11.30am balik lah .




Friday, December 5, 2008

Cuti Hari Raya Haji

Bermula pada malam esok (6/12/08) hingga 14/12/2008, aku akan berada dikampung sempena menyambut hari raya haji. Jadi mungkin tak dapat nak update-lah blog ni. Di harap lepas hari raya nanti banyaklah cerita baru dapat dimuat di blog ni.

Kepada geng yang tak balik diharap dapat berusaha lebih menangkap burung ataupun ayam.

Cayok! cayok!

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Wasalam.

Monday, December 1, 2008

Laporan Mikat 29/11

Hari kena pegi mikat sebab esoknya confirm tak dapat sebab org umah pegi JB .... anak buahnya kahwin dan aku terpaksa dok umah jaga anak dan juga ke PJ sebab anak buah aku pun ada majlis ijab kobul...kira kahwin juga lah tu...so adilkan.

So pagi lepas subuh terus berangkat kat tempat biasa(Bkt....) korang dah tahu punya... hari ni mesti syok mikat punya sebab malam tadi hujan... biasanya kalu malam hujan mesti ayam garang punya.

Hari ni aku bawa 2 ekor pikat, pikat tua tu saja aku nak confirmkan yang last punya bahawasanya dia dah memang tak boleh main lagi (takut kat utan-banyak kali kena taji). Sampai kat lorong biasa aku main, tengok ayam utan dok kokok , apalagi turun motor terus pasang pikat tua. Tak sempat nyorok ayam utan dah lompat kat depan pikat dan terus mengejar pikat.... dengan lajunya pikat tua melarikan diri berserta dengan bunyinya skali. Sah memang condem dan bacul kat utan, nampaknya kena ambil baka ajelah.....

Sakitnya hati tidak terkata tapi bersabar ajelah.......ada seko lagi pikat maaaa......, aku terus masukkan pikat tua dalam beg dan pindah laman kat hujung. Terus keluarkan pikat Abg Din dan nyorok. Lebih kurang 10 patah pikat kokok, kelihatan pikat menyenget dan tepuk, confirm ayam ada kat depan. Kelihatan AH lalu depan pikat macam nak berlaga.....tapi macam kenal racik aje..... celih agaknya. Tunggu punya tunggu Ah terus naik pokok dan lawan kokok ngan pikat....melepas lagi.....

Lepas angkat laman kedua, dah rasa malas dah nak pasang racik lebih, pasang racik rentap cukuplah tu...Laman ketiga selang dua tiga lorong aje ngan laman kedua, masa nak balik tu dengar AH kokok katik, try ajelah. Terus pasang pikat ngan racik rentap aje.... pikat tepuk terus AH tadi naik pokok dan kokok, nampak pikat terus terjun cari. Sampai depan nak berlaga tapi nampak racik terus berlari.......celih juga nampaknya..... tengah berlawan kokok tu datang sekor lagi nak berentap ngan pikat betul-betul lalu depan pikat.....menyesal betul tak pasang racik ranjau. Kalau dah tak ade rezeki tu apa boleh buat......tapi hari ni puas betul tengok AH nak berentap ngan pikat.