Monday, November 10, 2008

Yayasan Selangor, Pulau Carey-Laporan Memikat

Malam tu sms geng ajak mikat kat Bukit Ggk, geng terus call balik kata nak main kat Pulau Carey. Dalam hati kata, dah lama tak main kat sana... dulu lama main kat sana tak pernah dapat ayam, lepas tu pukul 9 pagi tu dah susah nak dengar ayam kokok tapi disebabkan geng ngajak pegi jugalah, lepas tu nak test pikat Abg Din yg baru nangkap sekor tu.

Pagi-pagi lepas solat subuh, masukkan pikat dalam beg, hari ni bawa dua ekor pikat, sekor pikat Abg Din , sekor lagi pikat hebat tahun lepas(nangkap 15 ekor kat Bkt Ggk) tapi jadi takut kat hutan disebabkan banyak kali kena taji ayam hutan. Lepas minum pagi kat teluk, berangkatlah kita ke Pulau Carey, sampai sana +/- pukul 7.50pagi, kita orang terus berpecah cari laman.

Pikat ni kalau bawa 2 ekor , suka kokok dalam beg....ni yang susah nak menghimpit ayam ni, selepas dengar ada sekor yang ' kokok kuali'-pinjam mie punya ayat pasang lah pikat Abg Din.

Pikat yang sekor lagi gantung kat motor, kokok sakan dalam beg.....agaknya tak boleh tahan dengar bunyi ayam hutan kokok. Selepas menunggu +/- 20 minit, ayam hutan tadi tak mahu masuk tapi kokok kat sebelah je...saya dah naik boring menunggu, pegi balik kat motor ambil pikat tua tu, saja je nak cucuk kat sebelah bagi dia galak.

Lepas tu pegi balik kat pikat baru tu untuk nengok, belum sampai kat pikat, tiba-tiba bunyi brok-brak, brok-brak, apalagi laju lah langkah takut- takut pikat kena belasah ngan benda lain, tapi...... rupanya tengah belaga ngan ayam hutan, cepat-cepat jalan untuk halau ayam hutan tu-takut jadi macam pikat tua.

Sampai lebih kurang sedepa pun ia masih belaga, lepas nampak saya barulah ia mahu cabut tapi nasib dia kurang baik kerana kakinya dah kena racik....dapat yang kokok kuali tu.

Lepas ambil ayam hutan tu, check taji-masih muda lagi...fuhhhhh nasib baik kalau tak nanya pikat tu.

Alhamdulillah, rezeki Pulau Carey yang pertama..........








4 comments:

Azmi bin Abdullah said...

wah...wah...wah....'ungkep' ayam hutan lah minggu ni ye... well done... he..he..he...

zamri said...

Assalamualaikum ...
aku nak join sembang2 ngan kau org smua .
sbnrnya aku br je berjinak2 dlm bab pikat ayam ne . dlu pernah jga ada minat tapi tak kesampaian sbb denak aku mati.skrg ne aku ada sekor denak tua yg aku beli kat T'rgnu . asalnya dlu denak tu muda, oleh kerana aku tak de masa .. bla denak tu tua br aku ada kesempatan . cuba try test .. akhirnya setelah 5 kali aku bwk masuk kebun .. akhirnya aku berjaya dpt sekor last 2 wks . sukanya tak terkira . Alhamdulilla .. tak sia2 usaha aku selama ne .

dpt jga merasa makan daging ayam utan berkat usaha aku & denak tu .terima kasih Tuhan yg Maha Esa.

syamnamakuku said...

haha... best jgk sembang2 pasal2 ayam nih.

zainie said...

bang bleh bg no phne?
sy bru lg nk main ayam hutan ni.
jd ni no sy 013-6412278 (duan)
ayam bru nk naik pn xpe.kalo ada trus call aje lah.tq