Sunday, February 21, 2010

Awal musim

Hari ni barulah dapat peluang gi mikat, lamo doh x turun , sibuk bebonar, dengan kijo dan buat renovation rumah ckit. Hari ni saja nak test pikat baru ambik ngan kawan dari kg.

Cam biasa bawak BT ngan pikat baru yg diboh dalam jebak. Member dah tunggu, diorang main merbuk.....sampai laman member kata ada sekor sora kasar guk 2 jati.

Apalagi himpit la, letak pikat jebak....cam radio la plak tak henti nyanyi. BH lambung sana sini cari, last last kena lock ngan BT....dipendekkan cerita....masuk buntil juga guk 2 jati ni...kopi O jea.

Monday, January 4, 2010

Kena Gabuih Sempena tahun baru 2010


Selamat tahun baru kepada semua geng mikat, aku belum start mikat lagi, dok sibuk buat persiapan untuk sesi pesekolahan yg baru ni. Boleh tahan kos untuk 3 org anak kesekolah pada tahun ni...hampir mencecah RM2,000 ringgit semuanya. Maklumlah sekolah pagi dan petang, pakaiannya nak 2 pasang sorang. Fuhhhh berpeluh dahi den dibuatnya.

Tapi alhamdullilah, isteri banyak menbantu....terima kasih sayang. Sekolah start pada 4.01.2010 dan pagi ini satu peristiwa yang mengejutkan telah berlaku dibelakang rumah aku.
Kebiasaanya sebelum pergi kerja aku akan memberi makan kepada anak-anak AH aku dan melihat apa yang perlu direban ternakan aku.

Alangkah terkejutnya apabila melihat reban aku telah dikopak oleh pencuri(tak tau jenis manusia ke haiwan). 3 ekor burung aku digabuihnya. 2 ekor burung ladung dan sekor lagi dok atas sangkar layang. Nasib baik burung yg x kuar api lagi(ayat bro Kojai).

Apa boleh buat dah rezeki dia....diharap tahun ni aku dapat menangkap burung yg jauh lebih baik dari burung yang digabuih tu.

Friday, December 11, 2009

Musim Menjadi Cikgu


Hari ni aku dah tukar koja....jadi cikgu pulak...janji ngan Br0 Kojai nak mengajar kat sekolah ditepi Kubur Batu 8 Sijankang, Kuala Langat . Pukul 8.OO pagi call bro Kojai, sat-sat dia dah ada kat sekolah ngan bro Jiji dan bro Halim.

Aku bawa 5 ekor anak murid,........3 jenis badan besaq dan 2 ekoq jenis badan kecik....geng mesti faham apa yg aku cakap ni.....tak faham mai Klang ...hehehehe

Sat lagi keluaq sorang lagi cikgu.....alamak Cikgu besar Malek pun ada......(otai pelepah)

Bila dah jumpa semua cikgu tuh, apalagi buat mesyuarat tergempar le....sampai kul 11.30pagi...hari jumaat kena balik awal buat persiapan untuk Solat.

Anak murid hari x payah belajar , aktiviti bebas ...masing-masing buat kerja sendiri.....

Esok dah janji ngan cikgu Nasir plak nak mengajar kat Jalan Kebun.

Friday, November 20, 2009

Musim Hujan

Setiap hari boleh dikatakan hujan, musim tengkujuhlah dikatakan.................aku dok berulang alik kerja dari klang ke genting highland pun naik seram sejuk juga le.....maklumlah jalan licin. Aktiviti memikat boleh dikatakan memang stop le buat masa ni, maklumlah sewah pun dah banyak dan yang tak sanggup aku turun tu pasal dok mengejar dengan hujan.....baru habis pasang racik hujan pun turunnnnnnnn.......

Sekarang ni aku dok gila mikat burung merbah pula.....boleh tahan garang juga.....burung baru dapat pun member sanggup bayar RM 80 sekor ....kalu pikat RM400 ke RM500. Orang cakap berbaloi-baloi.

Belah malam pula dok pulun tali kaki power pro braided sampai sakit tangan dibuatnya.....utk kawan-kawan yang seangkatan punya order saja. Kalu member nak banyak buat niaga ke apa...hantar kedai ke....aku serrender terus....mana ada masa nak buat banyak-banyak...kerja beb.

Lagi satu aku minta maaf bebanyak ngan kekawan semua pasal dah lama tak update blok ni...pasal internet x dak kat umah....aku keja kat site...jadi faham-faham aje. Semenjak aku masuk broadband yg iklan potong ajelah tu.....barulah syok nak pegang PC...laju beb.


Lepas ni Insyaaalah aku akan update selalu blog ni siap ngan gambar sekali....

Tuesday, September 8, 2009

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERPUASA saya ucapkan kepada sahabat-sahabat semua, semuga ibadat kita lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Nampaknya kawasan saya dah tak berapa sesuai lagi untuk meneruskan aktiviti memikat, maklum ler angin begitu kuat, pagi tadi dah nampak sewah dah dok lepak atas wayar api kat kawasan rumah.

Nampaknya kena bertukar hobi le nampaknya, pikat kukur dah lepas masuk dalam reban bagi cas balik, kasi cergas untuk main musim depan.....berlaga sakan dalam reban.


Minta maaf bebanyak kalau blog ni ada menyinggung sesiapa, tujuannya hanya satu untuk kongsi minat aje...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI yang bakal menjelma nanti kepada semua sahabat...maaf zahir dan batin

Friday, May 22, 2009

Trip Memikat di Jerantut ngan Jengka 17


Pada 16/5/09 tanpa dirancang, geng TTf iaitu En Nasir sms ajak teman dia pi mikat kat Sg Lekok, Jerantut Pahang. Mula-mulanya tak dapat confirm dulu sebab org umah kena pi Langkawi...ada lawatan kerja selama 3 hari. jadi anak-anak terpaksalah tinggal ngan bapanya.
Jumaat petang tanya anak-anak semada mereka ok kalu saya bawa mereka sama gi mikat kat sana tapi mereka terpaksalah tinggak kat umah bapa saudaranya. Mereka kata ok je, apalagi terus call Nasir kata on je. Satg Remy call pula kata nak ikut, maka cukup baiklah trip memikat kali ini.
Malam tu pas hantar org umah kat bas lebih kurang kul 10malam, terus call remy cakap lebih kurang kul 11mlm kita tolak dari Klang ke Lipis dulu. Tidur kat umah Abg Din.
Sampai kat umah Abg Din lebih kurang kul 2pagi...anak2 semuanya dah tidur dalam kereta, terpaksalah angkut sorang2 masuk bilik. Kitaorang mesti tidur 2 ke 3 jam buat bekal utk mikat esoknya. Bangun kul 6 pagi, tengok Abg Din dah ready dah. Tolak dari umah kul 6.45pagi sampai kat umah Abg Sofi kul 7.50pagi (Otai buat sangkar Layang ngan menangkap)---"aku sayang dia ngan abg helmi nih" ....terus gi kepekan Batu Balai bersarapan. Cepat2 sarapan sebab Long dok tunggu kat Sg Lekok. Sian dia......
Sampai kat Sg Lekok tgk Long dok dalam kereta BMWnya , dengan laju aku mendapatkannya sebab nilah pertama kali jumpa ngan otai terkukur ni. Haluiiiih sungguh orgnya serta baik budi pekertinya.
Terus masuk laman....Abg Din tunjukkan tempat dia mikat dan brg yg ditargetnya. Terus masuk kawasan pokok getah kecik dengar seko sora kasar tengah merap....boleh tahan. Cari laman terus keluarkan pikat. Pikat buat keja dia, aku nyorok kat pokok pisang kecik...payah nak nyorok kat sini. Sat lagi BH terus lambung dan cari pikat....alamak dia terbabas hinggap kat belakang kawasan aku nyorok...nampak aku plak tu...dak da cam le nampaknya. Hampeh.

Tengah hari tu jumpa depa, Nasir dapat seko, Abg Sofi seko, Long seko kitorang 3 dapat angin pagi tuh. Keluar balik pi pekan utk makan tgh hari, jumpa kat masjid lama Jerantut, lepas semua geng solat, gi makan.
Pi balik kat laman tu tapi kali ni Abg sofi yg bawa pula kawasan org asli Sg Lekok. Wow cantik laman kat sini, kebun org asli...bersih oooo. Nasir, Remy dan Abg Helmi turun dulu kat satu kawasan pastu aku, Abg Din ngan Abg Sofi pi atas lagi. Abg Sofi cakap kat sini ada 2 ekor brg baik. Aku pi pasang satu , Abg Din pasang satu. Intai mai tengok seko sora kasar dok bergeduk kat pokok getah kecik, cari laman....alamak semak semacam aje. tebas laman letak pikat. satu gantung satu bawah main karan. Pikat gantung bunyi terus BH lambung cari...hinggap kat pokok pisang dekat ngan aku, siap angguk ngan selang sekali, boleh tahan soranya. Pikat bawah buat keja dia, Bh tu tak leh tahan terus cari...hinggap kat pokok getah kecik. Alamak BH tu tak nampak pikat ....tak ada cam le nampaknya.
Angkat pikat pi kat laman lain, kawasan lapang...tukar pikat pula...pasang dan terus nyorok. Pikat makan tanah, tembak ckit....ada sekor sora kecik.....selang ngan angguk boleh tahan, tengok pikat menekan...pastu angguk...rupanya ada seko hinggap kat pokok mati depan dia, menekan sekali sekala je...tak cukup garang.
Pikat pusing belakang terus mengganguk, rupanya sora kecik tu turun jauh dan berjalan kepikat sambik angguk ke pikat. Belum dia sampai ke pikat, pikat dah sepak kasi dia masuk kedepan. Bh tu terus pi depan angguk dua tiga kali terus sangkut, apalagi terus keluaq...dapat le brg tuh.

Monday, May 11, 2009

Pikat Bulu Betina


Ayam ni aku ambil dengan kawan baikku, tujuannya untuk ambil baka dia. Sekarang susah dah nak dapat ayam yang jenis ni.
Jadi sebelum pupus baka dia baik kita turunkan benih dulu. Ayamnya masih muda lagi, kokok pula lembut. Semenjak aku bela, terus naik anak ayam muda aku, maklumlah dia ingatkan yang ni pun betina juga. Tahu-tahu dia yang kena bedal pula .
Sama-samalah kita pelihara makluk ciptaan Allah yg special ni.