Monday, April 20, 2009

Laporan Mikat 19.04.09

Pikat: BT & Omang
Jentera : Sorang
Tempat: Jln Kebun

Pagi gi pasar dulu cam biasa. Tolak dari umah kul 8.00pagi, sebelum gi anak dah pesan balik awal sebab diaorang nak ajak gi rumah sepupu mereka kat Jln Klg Lama.

Apalagi aku terus gi kat laman yg tekan angguk ngan sora tarik akar tongkat tu. Burung tu dah 2 kali aku attack tapi tak kena anggarnya.

Sampai kat laman kul 8.30am terus masuk kat sawit kecik, kedengaran sora kasar dok merap...alamak burung tekan angguk tu le. Apalagi terus cari laman utk pasang BT. Tengok matahari sebelah mana terus boh BT dan Omang digantung.

Omang terus menekan, BH terus tekan sambil mengganguk dan mencari pikat. Apalagi Bt memainkan peranan dia , tekan rapat sambil menguku. BH tu terus naik kat anggar dia depan BT, BT terus mengangguk, BH terus terjun kat laman pikat. Aksi belaga pun bermula, lebih kurang 10 das sorang menibai, BH tu dah tarik kaki. Dapat juga akhirnya BH tu. Puas hati betul.

Syabas BT dan Omang kerana menceriakan tuanmu.

5 comments:

mart lae said...

Man....

Tekan angguk tu macam mana.

Sama ker dengan selang kuku

Geng Mikat Klang said...

Lan,

Betul tu, kat sini diaorang panggil macam tu.

Azmi bin Abdullah said...

Man..,
Tahniah atas kejayaan ngko! nanti aku belanja makan Mi Jawa n cendol kat Banting.

Geng Mikat Klang said...

Tq,

Mie email kat no phone kau, mana tau kot tersesat kat NS nanti....hehe

PWSTM BLOG/LONGKEDAH said...

salam

ganazzzzzz..sempat lagi man ya he he.anyway tahniah.