Monday, April 13, 2009

Laporan Mikat 12.04.09

Laporan Mikat 12 April 2009
Jentera: Sorang je
Pikat: Otai, BT dan Omang(Jebak)
Lokasi: Bkt Gagak , Jalan Kebun Klang

Bergerak dari rumah lebih kurang pukul 8.00 pagi selepas balik dari pasar pagi. Hari ni bawak tiga ekor, sekor pikat otai( Ni Long suruh bawa dia jalan-jalan la ni...hehehe---ikut nasihat beb). Omang masukkan dalam jebak sebab dia ni spesis jinak –dok diam je dalam jebak. Sebelum ni brg ni jarang bawa disebabkan dok gila mikat ayam. Nampaknya sehari dua ni dia rajin bunyi mungkin aku dok rajin perembun dia tiap malam ngan yang lain-lain. BT merupakan BB harapan aku untuk dinaikkan menjadi pikat nanti.
Sampai dilokasi lebih kurang kul 8.30am, dekat Taman Siti Khadijah...kat sini da sekor BH yang angguk banyak. Laman tok sah cerita le, atas bawah beb---semua geng dok gasak burung ni. Suasana sunyi sepi tak dok brg dok bunyi la pula mungkin ada sewah baru lalu agaknya.
Buka jebak dan pasang lampung letak tepi parit, otai gantung kat btg kelapa sawit. BT aku bawa jauh sikit sebab nak attack sora c sebelah kelapa sawit rendah. Otai terus buat gok disambut oleh Omang, masing-masing main peranan mereka.Lebih kurang 15 minit, otai terus mengangguk dalan cetok dan Omang menekan rapat. Rupanya BH tu dah sampai kat kelapa sawit sebelah parit . Lawan punya lawan pastu BH tu lambung masuk sebelah dalam sikit. Nampak gayanya BH ni memang celih sungguh. Pikat masih berbunyi tapi terus senyap, alamak sewah lalu lagi nampaknya. Buat keputusan untuk pindah kelaman lain pula.

Lebih kurang 15 minit setelah pindah pertama sampai ke laman kedua, bunyi sekor sora c dok menekan, ambil keputusan untuk pasang je memandangkan hari semakin panas. Pasang Jebak dulu letak kat depan pastu gantung otai lebih kurang 3btg kelapa sawit jaraknya. BT pasang kat memandangkan lamannya cantik. Omang dan Otai terus tekan di sulami ngan gok. BT juga terus tekan ....waaa semuanya bunyi, ruih rendah juga dibuatnya. Sat lagi Otai terus ngangguk dalam cetok, Omang terus tekan rapat, BT terus ngangguk laman, rupanya BH dah sampai. BH tu terus ngangguk kat atas sora B boleh tahan.
BT terus tekan, selang dan angguk laman dok layan BH tu. Lebih kurang 15 minit akhirnya jatuh juga BH tu kat laman, apalagi aksi angguk mengangguk bermula, BH tu masuk terus je ke laman, alamak tak kena racik ke? Sat lagi terus belaga ngan BT, belum sempat nak kompang, apalagi aku keluar le, sayang pikat beb, BB tak boleh kasi belaga lebih nanti kondem. BH tu terus terbang, laa.......... rupanya dia dah kena racik. Tengok BH tu jatuh kat btg senduduk kat depan tu. Masukkan BT dalam cetok dan pegi kat BH tu untuk ambil, tengah dok hulur tangan nak ambilnya tiba-tiba tus bunyi racik dan tengok BH tu terbang ngan lajunya. Putus racik satu mata. Tak dak rezeki nampaknya, takpe cuba lagi. Hari ni puas hati betul sebab BT telah menunjukkan aksi yang baik. Syabas BT!
(Maaf tak de gambar)

7 comments:

Azmi bin Abdullah said...

BB dah meletop! well done! tambah koleksi pikat lagi la nampaknya. Man, kalau BH kena racik pastu racik putus maknanya BB tu tak serasi ngan ngko.jap g aku sampai..he..he...

Geng Mikat Klang said...

Alamak Mie, petua mana pula pakai ni, kesian la kat hamba ni yg belum puas ngankut lagi BB tu...hehehehe

Azmi bin Abdullah said...

Otai yang cakap ni Man, kisah benar nih, sebelum jadi apa2 baik ngko 'let go' kat aku BB tuh..wakakakakaka....

mart lae said...

Jaga² Man... silap² hari bulan terpacul Azmi depan pintu umah. Member dah takder pikat nak main tu.

Geng Mikat Klang said...

TQ Lan,

Nasihat tuanhamba saya hargai...hehehe

Unknown said...

Corum proudly announces a partnership with the Bold r Mirabaud to strengthen its intimate bond with the world-famous sailors such seeing as Ben Ainslie and Loick Peyron and higher performance sailing events such as the Grand Prix Corum.Rado replica watches

Unknown said...

cerita le, atas bawah beb---semua geng dok gasak burung ni. Suasana sunyi sepi tak dok brg dok bunyi la pula mungkin ada sewah baru lalu agaknya.
Buka jebak dan pasang lampung letak tepi parit, otai gantung kat btg kelapa sawit. BT aku bawa jauh sikit sebab nak attack sora c sebelah kelapa sawit rendah. Otai terus buat gok disambut oleh Omang, masing-masing main peranan mereka.Lebih kurang 15 minit, otai terus mengangguk dalan cetok dan Omang menekan rapat. Rupanya BH tu dah sampai kat kelapa sawit sebelah parit . Lawan pun