Minggu ni turun pada hari Sabtu je(20/12/2008), hari Ahad dok kat umah je. Cuci laman kat belakang dan tanam serai sebab yang lama tu dah terlalu tua.
Sabtu pagi-pagi selepas sembahyang subuh, bertolak ke tempat biasa aje. Ingat hendak nak himpit ayam yang tak mahu masuk laga pada minggu lepas. Sampai kat kebun terus ke lorong yang di fikirkan semasa diatas motor tadi. Sampai ke lorong tu terus terkejut, banyakkkkkknya basikal mat bangla ni......diaorang tengak kait buah la pula, hampeeeeeh betul terpaksalah cari lorong lain. Di sebabkan kawasan ini memang menjadi kegemaran aku sejak dulu lagi, jadi terpaksalah pindah laman yang dekat-dekat situ aje.
Sambil lalu tengok ada sekor AH kat lorong, terus turun dan himpit AH tu, tengah pasang racik AH tu kokok kat lorong sebelah je, cepat-cepat keluarkan pikat dan nyorok. Lebih kurang
5 patah pikat kokok, pikat dah menepuk-nepuk rancak. Kelihatan AH tadi keluar dari semak berhampiran dan terus menghampiri pikat. Tiba-tiba terus belah dengan laju bila tengok racik ranjau, alamak AH tadi tu memang celih gila rupanya.
Angkat pikat terus ke lorong hujung, dengar AH dok kokok kat hujung sempadan sana tu, terus pergi himpit (yg ni bunyi 'kokok kuali tu'). Pasang racik laju-laju dan keluarkan pikat dan cari tempat untuk nyorok. Lebih kurang 10 patah kokok, tengok pikat dah menepuk-nepuk dengan rancak. AH tadi telah sampai dan terus menghampiri pikat. Tiba-tiba pikat terkeluar dari laman, dia pergi kat belakang semak macam tersangkutlah pula, AH tadi tengok macam pelik aje dan terus nak belah dari situ.
Alamak macam ni tak da harapanlah hari, sekejap ja pikat tadi kembali balik kat laman dia dan terus kokok balik sambil menepuk-nepuk memujuk AH tadi masuk belaga, selepas berapa minit kelihatan AH tadi marah kembali dan terus menghampiri pikat.
Dalam perjalanan tu AH tadi telah tersangkut racik kat depan pikat. Dapatlah ayam tu.
Lebih kurang pukul 11.15 pagi balik.
Tammat.
Tengoklah video kat bawah ni.(Kualiti gambar tidak memuaskan-Harap Maaf)-Telefon murah aje.....
(P/s: AH ni jenis kuat menjerit tau)
BB GaGaK
6 years ago