Wednesday, March 4, 2009

Merbuk@Ketitir



Setengah daerah dipanggil ketitir atau dalam bahasa orang putih diorang panggil 'Zebra Dove'. Banyak ditemui di kawasan lapang dan luas dimana burung ini sangat suka mencari makan disitu.
Aku mula berjinak-jinak membela dan memikat merbuk 3 tahun lepas dimana ia berjangkit semasa memikat terkukur bersama dengan otai merbuk ini.
Otai kini tidak berapa sihat kerana ada penyakit dan terpaksalah aku bergerak sendiri menerus aktiviti memikat ini. Dia banyak membantu aku dalam mengenal pasti burung yg baik untuk dijadikan pikat ini.
Sekarang ini aku mempunyai 2 ekor pikat dan 2 ekor burung baru. Tapi sekarang ini jarang-jarang bawa disebabkan oleh aktiviti memikat ayam dan terkukur.
Aku mempunyai 2 Jebak yang dibeli dari otai dimana dia membuatnya sendiri. Semua peralatan memikat aku dibuat oleh otai ini.
Merbuk kebiasaannya memerlukan sehingga 2 ke 3 tahun untuk galak berbunyi dan sesuai untuk dijadikan pikat. Jadi kebiasaanya peminat merbuk ini seorang yang mempunyai sifat penyabar yang lebih. Maklumlah kena tunggu bertahun-tahun baru mahu jinak dan berbunyi.
Aku menggunakan kantau atau kayu pacang atau galah untuk memikat. Ia memudah proses meletakkan jebak diatasnya dan tidak perlu memanjat pokok . Bahaya!
Buat masa ini rasanya aku sudah mencukupi dengan 4 ekor ini. Tak perlu tambah lagi sebab dah tak ada tempat nak letak merbuk ini.




12 comments:

Azmi bin Abdullah said...

Man..,
kat rumah aku banyak lagi space boleh letak merbuk...no hal punya.sampai bila2 pun bleh..he..he...

Geng Mikat Klang said...

Mie,

Rasa nak bela merbuk pula ke? Mai Klang sini aku bagi kat hang burung yang dah galak punya....he.he.he.

Azmi bin Abdullah said...

Burung yang dah galak? Canteeeek tu Man, ini sudah kira baguih.
hari tu ikut member ngan Lan mikat Merbuk guna jebak syok jugak... stim bila tengok merbuk 'geleng2' kepala kat atas dahan tuh...

Geng Mikat Klang said...

Itulah yang dinamakan derak tuh...

Muzahid said...

askom..tanya sikit,,geng mikat kelang ni ahlinya berapa orang? Bole isi borang ka? ;-)

Geng Mikat Klang said...

W'Salam,

En Muzahid, GMK ni adalah catatan peribadi/perseorangan tentang aktiviti @ hobinya. Kalau En Muzahid nak join group check kat http://terkukur.10.forumer.com/ pastu daftar dan join kita orang.

Tq

haykall said...

gu camne projek sabtu ni jadi ke, mtr ada tak di sana. dari bro jsjn ipk sel

lis@ jey bee said...

salm bos...kwn dr jhor...kwn nk tnye de burong merbok y dh bnuh x?klau de nk jual x?aslmmkm......

lis@ jey bee said...

salam...bro de pkat merbuk y dh bnuh?lw de..bro nk jual x?aslmkm...

Unknown said...

Salam bro....geng mikat klang ade x denak merbok yg nk jual....

Unknown said...

salam...saya asal n9..saya baru je duduk di shah alam..kalau boleh nak jugak kenal2 pemikat merbuk klang..

Unknown said...

Boleh pm tk 0183716243 sye nk cari merbuk budjet around rm100 ada tk