Sunday, April 4, 2010

Repeat Burung Baik


Hari ni ada free ckit jadi ambil peluang untuk repeat burung baik hari tu, sora tarik ngan selang gagap kat Jln Kebun. Kul 8 pagi gerak dari rumah sampai laman 8.30pagi. Terus pasang otai pelepah dan sangkut BT kat batang sawit sebagai tukang panggil.


Tunggu lebih kurang sejam , nampaknya dah x da brg ni, kena sapu dek member lain kut. Camni ni pindah laman lain pulak kat ada selang gagap sora kecik ari tuh. Nampaknya brg ni ada lagi. Pasang BT dan kasi turun otai pelepah makan tanah serta berjemur.

Tengok otai dah tekan dan angguk begitu juga ngan BT, BH sampai atas kepala , BT memainkan peranan seperti biasa xda kesian kasi punya. BH turun terus masuk dan berlaga, BT kasi cukup cukup sampai BH dah kena racik pun masih berlaga. Keluar kasi BH lambung naik dan gambar ni lah hasilnya. Kopi 'O' je.

Monday, March 8, 2010

Laporan pada 7.03.2010(Ahad)


Hari ni turun bawa BT ngan BB pemberian sahabat.


Laman 1, main kat jalan kebun aje, ada 3 ekor brg kopi o kat sini. sekor terku ngan selang boleh tahan sora kasar, sekor sora kecik tarik, gagap 5-6 patah seko lagi sora kasar tarik...selang ada ckit.


Pasang BT, hujan renyai la pulak, BT buat kijo cam biasa....lama gak baru sampai sora kasa terku banyak tu...BT pulun x sempat nak tengok adegan berbalas pantun....dah game over.



Laman 2, sora kasar tarik dok buat gok.....BT wat kijo cam biasa....sora kasar tarik keluar BT pulun, turun jauh la plak...celir racik rupanya, BT pulun sampai gak kat dia lawan angguk pas tu belah, mai lagi..masuk sepak menyepak 2,3 lepuk....sekali BT bagi baik punya terus melambung jauh tekan 2,3 ketul naik pokok sawit pastu belah....aduhai hati kecik la plak...nak kena try ngan pikat otai pelepah ni.

Kul 12 balik , ada 2 jemputan kahwin la plak. lagi satu panas dia x leh tahan.

Sunday, February 21, 2010

Awal musim

Hari ni barulah dapat peluang gi mikat, lamo doh x turun , sibuk bebonar, dengan kijo dan buat renovation rumah ckit. Hari ni saja nak test pikat baru ambik ngan kawan dari kg.

Cam biasa bawak BT ngan pikat baru yg diboh dalam jebak. Member dah tunggu, diorang main merbuk.....sampai laman member kata ada sekor sora kasar guk 2 jati.

Apalagi himpit la, letak pikat jebak....cam radio la plak tak henti nyanyi. BH lambung sana sini cari, last last kena lock ngan BT....dipendekkan cerita....masuk buntil juga guk 2 jati ni...kopi O jea.

Monday, January 4, 2010

Kena Gabuih Sempena tahun baru 2010


Selamat tahun baru kepada semua geng mikat, aku belum start mikat lagi, dok sibuk buat persiapan untuk sesi pesekolahan yg baru ni. Boleh tahan kos untuk 3 org anak kesekolah pada tahun ni...hampir mencecah RM2,000 ringgit semuanya. Maklumlah sekolah pagi dan petang, pakaiannya nak 2 pasang sorang. Fuhhhh berpeluh dahi den dibuatnya.

Tapi alhamdullilah, isteri banyak menbantu....terima kasih sayang. Sekolah start pada 4.01.2010 dan pagi ini satu peristiwa yang mengejutkan telah berlaku dibelakang rumah aku.
Kebiasaanya sebelum pergi kerja aku akan memberi makan kepada anak-anak AH aku dan melihat apa yang perlu direban ternakan aku.

Alangkah terkejutnya apabila melihat reban aku telah dikopak oleh pencuri(tak tau jenis manusia ke haiwan). 3 ekor burung aku digabuihnya. 2 ekor burung ladung dan sekor lagi dok atas sangkar layang. Nasib baik burung yg x kuar api lagi(ayat bro Kojai).

Apa boleh buat dah rezeki dia....diharap tahun ni aku dapat menangkap burung yg jauh lebih baik dari burung yang digabuih tu.