Monday, January 4, 2010

Kena Gabuih Sempena tahun baru 2010


Selamat tahun baru kepada semua geng mikat, aku belum start mikat lagi, dok sibuk buat persiapan untuk sesi pesekolahan yg baru ni. Boleh tahan kos untuk 3 org anak kesekolah pada tahun ni...hampir mencecah RM2,000 ringgit semuanya. Maklumlah sekolah pagi dan petang, pakaiannya nak 2 pasang sorang. Fuhhhh berpeluh dahi den dibuatnya.

Tapi alhamdullilah, isteri banyak menbantu....terima kasih sayang. Sekolah start pada 4.01.2010 dan pagi ini satu peristiwa yang mengejutkan telah berlaku dibelakang rumah aku.
Kebiasaanya sebelum pergi kerja aku akan memberi makan kepada anak-anak AH aku dan melihat apa yang perlu direban ternakan aku.

Alangkah terkejutnya apabila melihat reban aku telah dikopak oleh pencuri(tak tau jenis manusia ke haiwan). 3 ekor burung aku digabuihnya. 2 ekor burung ladung dan sekor lagi dok atas sangkar layang. Nasib baik burung yg x kuar api lagi(ayat bro Kojai).

Apa boleh buat dah rezeki dia....diharap tahun ni aku dapat menangkap burung yg jauh lebih baik dari burung yang digabuih tu.