Monday, April 20, 2009

Laporan Mikat 19.04.09

Pikat: BT & Omang
Jentera : Sorang
Tempat: Jln Kebun

Pagi gi pasar dulu cam biasa. Tolak dari umah kul 8.00pagi, sebelum gi anak dah pesan balik awal sebab diaorang nak ajak gi rumah sepupu mereka kat Jln Klg Lama.

Apalagi aku terus gi kat laman yg tekan angguk ngan sora tarik akar tongkat tu. Burung tu dah 2 kali aku attack tapi tak kena anggarnya.

Sampai kat laman kul 8.30am terus masuk kat sawit kecik, kedengaran sora kasar dok merap...alamak burung tekan angguk tu le. Apalagi terus cari laman utk pasang BT. Tengok matahari sebelah mana terus boh BT dan Omang digantung.

Omang terus menekan, BH terus tekan sambil mengganguk dan mencari pikat. Apalagi Bt memainkan peranan dia , tekan rapat sambil menguku. BH tu terus naik kat anggar dia depan BT, BT terus mengangguk, BH terus terjun kat laman pikat. Aksi belaga pun bermula, lebih kurang 10 das sorang menibai, BH tu dah tarik kaki. Dapat juga akhirnya BH tu. Puas hati betul.

Syabas BT dan Omang kerana menceriakan tuanmu.

Laporan Mikat 18.04.09

Hari ni janji dgn geng nak mikat kat Banting, katanya banyak burung yg sedap kat sana. Kawasan Sg Kelambu. Tolak dari Klang kul 7.00 pagi sampai kat sana lebih kurang kul 7.45pagi.

Geng bawak lalu ikut pintas dekat satu kandang lembu lama untuk ke ladang Sime Darby. Nasib betul malang tayar motor kena paku le pula. Pancit terus. Gi jugak kat ladang tu tapi main dekat tepi parit ajelah. Ada sekor suara tarik akar kat situ.

Pikat Otai pasang pelepah manakala BT gantung aje. Tak sampai 5 minit BH terus cari pikat. Mula datangnya dihimpit BT pastu dah dengar Otai terus himpit kat sawit dimana otai dipasang.

Otai terus tembak dan terus tergantung, alamak terpasang tali panjang le pulak. Apalagi terus keluar le, sakit kaki otai tu nanti.

Tak ade rezeki nampak disamping motor pula pancit. nasib! nasib!

Monday, April 13, 2009

Laporan Mikat 12.04.09

Laporan Mikat 12 April 2009
Jentera: Sorang je
Pikat: Otai, BT dan Omang(Jebak)
Lokasi: Bkt Gagak , Jalan Kebun Klang

Bergerak dari rumah lebih kurang pukul 8.00 pagi selepas balik dari pasar pagi. Hari ni bawak tiga ekor, sekor pikat otai( Ni Long suruh bawa dia jalan-jalan la ni...hehehe---ikut nasihat beb). Omang masukkan dalam jebak sebab dia ni spesis jinak –dok diam je dalam jebak. Sebelum ni brg ni jarang bawa disebabkan dok gila mikat ayam. Nampaknya sehari dua ni dia rajin bunyi mungkin aku dok rajin perembun dia tiap malam ngan yang lain-lain. BT merupakan BB harapan aku untuk dinaikkan menjadi pikat nanti.
Sampai dilokasi lebih kurang kul 8.30am, dekat Taman Siti Khadijah...kat sini da sekor BH yang angguk banyak. Laman tok sah cerita le, atas bawah beb---semua geng dok gasak burung ni. Suasana sunyi sepi tak dok brg dok bunyi la pula mungkin ada sewah baru lalu agaknya.
Buka jebak dan pasang lampung letak tepi parit, otai gantung kat btg kelapa sawit. BT aku bawa jauh sikit sebab nak attack sora c sebelah kelapa sawit rendah. Otai terus buat gok disambut oleh Omang, masing-masing main peranan mereka.Lebih kurang 15 minit, otai terus mengangguk dalan cetok dan Omang menekan rapat. Rupanya BH tu dah sampai kat kelapa sawit sebelah parit . Lawan punya lawan pastu BH tu lambung masuk sebelah dalam sikit. Nampak gayanya BH ni memang celih sungguh. Pikat masih berbunyi tapi terus senyap, alamak sewah lalu lagi nampaknya. Buat keputusan untuk pindah kelaman lain pula.

Lebih kurang 15 minit setelah pindah pertama sampai ke laman kedua, bunyi sekor sora c dok menekan, ambil keputusan untuk pasang je memandangkan hari semakin panas. Pasang Jebak dulu letak kat depan pastu gantung otai lebih kurang 3btg kelapa sawit jaraknya. BT pasang kat memandangkan lamannya cantik. Omang dan Otai terus tekan di sulami ngan gok. BT juga terus tekan ....waaa semuanya bunyi, ruih rendah juga dibuatnya. Sat lagi Otai terus ngangguk dalam cetok, Omang terus tekan rapat, BT terus ngangguk laman, rupanya BH dah sampai. BH tu terus ngangguk kat atas sora B boleh tahan.
BT terus tekan, selang dan angguk laman dok layan BH tu. Lebih kurang 15 minit akhirnya jatuh juga BH tu kat laman, apalagi aksi angguk mengangguk bermula, BH tu masuk terus je ke laman, alamak tak kena racik ke? Sat lagi terus belaga ngan BT, belum sempat nak kompang, apalagi aku keluar le, sayang pikat beb, BB tak boleh kasi belaga lebih nanti kondem. BH tu terus terbang, laa.......... rupanya dia dah kena racik. Tengok BH tu jatuh kat btg senduduk kat depan tu. Masukkan BT dalam cetok dan pegi kat BH tu untuk ambil, tengah dok hulur tangan nak ambilnya tiba-tiba tus bunyi racik dan tengok BH tu terbang ngan lajunya. Putus racik satu mata. Tak dak rezeki nampaknya, takpe cuba lagi. Hari ni puas hati betul sebab BT telah menunjukkan aksi yang baik. Syabas BT!
(Maaf tak de gambar)

Friday, April 3, 2009

Pikat Otai

1) Jusoh(18 tahun)


Nama dia diberi sempena nama tuannya , burung asal di Kechau 8. Dah nangkap BH tak tau berapa ekor dah, agak-agaknya 100 ke 200 ekor. Belaga cam ayam tak pernah kalah.
Sora C



2) Gagap habis (6 tahun)

Brg ni dapat kat belakang umah, sebulan je jadi pikat.

Sora C

(p/s Pikat ni Abg punya)